Wednesday, July 18, 2012

*Please Insert A Cliche Title..

Assalamualaikum.
Pertama sekali, aku tak nak letak apa-apa tajuk untuk post kali ni sebab title tu akan nampak sangat obvious pasal apa yang aku nak cakap kan ni.

Okay,keputusan UPU sudah keluar, debaran untuk beberapa malam sampai tak boleh nak tidur malam sudah berakhir. Dan alhamdulillah. Aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran aku. Di mana? Nun ke seberang. Bukan Indon ye.. Sabah je.


Pergh, selama ni punya merungat sebab dapat belajar kat tempat yang dekat-dekat je, sekali, ke Sabah kau pergi. *terduduk dan terdiam. Cuak gak bila dapat tahu kene pergi jauh. Kalau masa kat matrik dulu boleh la kalau rasa homesick je, balik rumah naik bas atau tumpang Faezah. Ni hah kau kat sana kau nak tumpang sape? Ingat nak naik flight tu murah? Alamatnya berenang la kau kalau nak balik ke semenanjung Malaysia.

Bila sudah tersebarnya berita yang bahawasanya aku akan ke Sabah, banyak la suara-suara yang menyuarakan pendapat mereka.
 Tidak dinafikan ada juga suara-suara sumbang yang melemahkan semangat aku. Tapi aku tahu suara-suara itu tidak bermaksud mahu membuatkan aku rasa kecewa. Namun setelah aku merujuk kepada beberapa suara yang boleh aku percayai, aku jadi yakin balik. Ada juga suara yang sedia menawarkan aku bantuan jika aku dalam kesusahan masa ada kat sana nanti.

Kalau dah namanya merantau ke tempat orang, mestilah kita akan merasa kesusahan kadang kala *atau selalu,depends. Tapi semuanya bergantung pada diri kita sendiri . Kalau kita pandai menjaga diri senang la jadinya. My biggest concern bila aku kat sana adalah berkenaan dengan duit. 
Aku mengaku aku amatlah tak pandai nak menguruskan duit aku. Ingat lagi minggu terakhir aku kat matrik, sampai terpaksa berpuasa sebab duit dah habis.*ish3..teruk perangai anak dara sorang ni. Tapi aku harap kat Sabah nanti aku akan lebih berjimat. Nak kene sediakan tabung khas untuk duit nak beli tiket kapal terbang nak balik semenanjung nanti.

Apa yang lagi mendebarkan aku adalah course yang aku dapat ni. Fizik dan elektronik. Fizik! Haish, masa tengah pilih course dulu tak de la rasa macam menyeramkan fizik tu, tapi bila dah dapat ni rasa macam takut pulak. Aku takut tak boleh nak bawak. Masa kat matrik memang la senang sebab ada lecturer yang baik punya, kat sana tak tau lagi.Haish.

Sudah lah Aina, jangan merungut lagi. Belum cuba belum tahu.Ganbatte..

SELAMAT TINGGAL DESA COALFIELDS,
SELAMAT TINGGAL SUNGAI BULOH,
SELAMAT TINGGAL SELANGOR,
SELAMAT TINGGAL SEMENANJUNG,

HAI SABAH..^_^..


No comments:

Post a Comment