Friday, November 4, 2011

I LOVE YOU MUMMY....

It breaks my heart so much seeing my mom just sitting on the couch n watch the tv and hopping that someday she can go to the Mecca.
It makes me feel that i want to work right now,find the money for my mom n my dad so they can go.
But i can't..
I hopping that someday i can bring my mom n my dad to the Mecca..
Mom,please wait okay...


I will bring you here!!

Wednesday, May 18, 2011

One Happy Family At Home

Erk bukan nya at home sebenarnya, tp at teratak..
hehehe...

Kalau korang ingat, kita pada mulanya hanya merempat kat kantin sekolah. Selalu dihalau oleh cikgu Rosli, dah macam pendatang asing, tapi kita tetap datang balik lepak kat kantin. Sampai la satu hari kita bersetuju untuk pindah dari kantin ke tempat yang dah macam rumah kita iaitu teratak kesayangan kita(walaupun tak de siapa pun yang cakap teratak tu geng kita yang punya)

Kat teratak tu la kita belajar..
(KP jadi mereng sekejap sebab belajar fizik)

Kat situ jugak la tempat ada yang nak melepaskan rindu..
(ni la ayah n ibu kami...erk pelik la pulak. "^_^)

Ada gak yang jadikan teratak tu tempat dia nak tidur..
(Ok, nampaklah betapa aku ni hidup merempat, macam tak de rumah nak tidur)

Tak lupa gak teratak tu sebagai tempat kita nak mengasah bakat yang terpendam...
(Kami ni sebenarnya dah lama teringin nak jadi model. hehehe..)

Apa pun,kat situ la segala kenangan kita kutip bersama, yang baik mahupun yang buruk. Masing-masing memainkan peranan masing-masing.

Syakir sebagai cikgu bio

Farid sebagai ketua

Syiha sebagai entertainer kitorang(sebabkan dia selalu bawak laptop dah main piano untuk kitorang)
Laila photographer kitorang..
Dan yang lain2 hanya la pengikut-pengikut yang setia( kitorang bukan ajaran sesat ye)

Kita semua seronok meluangkan masa bersama-sama dan aku dah anggap korang macam adik beradik aku dah. Tak kesah la lepas ni kita belajar kat mana pun, janji korang jangan lupa geng kita ni. Aku nak mintak maaf sebab selama ni aku banyak sakitkan hati korang, terkasar bahasa, tercuit,tertampar ke. I'm really sorry. Dan terima kasih jugak sebab terima aku dalam geng ni walaupun aku dah ada geng kapak aku. Thanks korang sebab menjadi sebahagian dari memori bahagia aku kat sekolah.




Teratak's members : Farid, Syihabuddin, Syakir, Elyas, Jiha, Laila, Farha and Puteri... Love you guys sooo much...

Friday, May 13, 2011

I Think People Hate Me...

Aku selalu rasa orang kat sekeliling aku sebenarnya tak suka aku pun..
Termasuklah kawan-kawan aku sendiri..
Ye aku mengaku aku bukanlah seorang kawan yang baik.
Aku banyak buat silap.
Aku banyak sakitkan hati orang sekeliling aku.
Dan aku sangat yakin, pasti ramai orang yang kutuk aku, termasuklah kamu,ye aku tahu..

Aku tak salahkan pun kalau kawan aku sendiri yang kutuk aku.
Sebab aku selalu layan kawan aku dengan teruk.
I deserve it..

I'm not beautiful, i'm not smart, i'm fat, my personality is like a ***** and i almost invisible to everyone in my school.
people don't like me...

Saturday, April 30, 2011

Mak Saya Nak Kahwin....

Pagi tadi aku gi kenduri kahwin sepupu aku kat kl...
dia tua dari aku 2 tahun je kot,dah kawen..abang2 n kakak dia ada je yang belum kahwin lagi..langkah bendul..
tengok dia kat atas pelamin tu buat aku rasa macam nak kahwin cepat..
huhuhu..nasib baik la aku x de calon laki lagi...kalau x memang aku dah suruh dia jumpa mak bapak aku dah..
sepupu aku tu,lepas ni agaknya duk sabah la ikut laki dia..x dapat la nak jumpa dia..oleh kerana abah aku ni ada ramai adik beradik, maka ramai la sepupu2 aku ni...kebanyakannya dah besar n aku x rapat pun dengan diorang.. ada yang aku x ingat nama pun.. ramai sangat..sebab tu belah abah aku ni, aku paling rapat dengan sepupu aku yang dah kahwin tu la.
tapi yang bestnya tadi bila tengok sepupu aku ngan laki dia tu naik pelamin. laki dia duduk je atas pelamin mata dah berair, nak nangis..aku nak tergelak pun ada. tapi bila tengok mak sedara aku(mak kepada sepupu aku tu) merenjis diorang, sepupu aku tu nak nangis dah. time tu aku terasa la sedih nya.

esok ada lagi kenduri kahwin,abang sedara belah bapak aku gak,tapi kat sini je..
haish..jealous pulak aku tengok orang kahwin ni..sabar aina..lama lagi ko nak kahwin...

Thursday, April 28, 2011

4 Hari Lagi...

4 hari lagi.
Lepas ni aku dah tak duduk mengadap komputer ni siang malam.
Habis la farmville aku tak berjaga.
Tak boleh nak baca blog orang lain.
Tak boleh nak tengok tumblr lagi.

4 hari lagi.
Aku dah tak boleh nak merempit pagi-pagi hantar adik pergi sekolah agama.
Atau bawak mak pergi pasar beli barang atau pergi klinik ambik ubat darah tinggi mak.
Tak dapat berselisisih lagi dengan cikgu yang mengajar aku bawak kereta dan motor yang kebetulan tengah ajar orang bawak lori.
Aku pasti gian nak bawak motor nanti.

4 hari lagi.
Aku akan belajar untuk berdikari.
Tak ada lagi mak yang basuhkan baju.
Tak ada lagi mak yang tolong masakkan.
Semuanya aku kene buat sendiri.

4 hari lagi.
Aku memang teruja nak menimba ilmu ditempat baru, terasa diri ini sudah dewasa.
Tapi aku risau mahu meninggalkan rumah ni.
Risau mahu meninggalkan mak yang sentiasa sakit.
Lepas ni, mak hanya masak untuk 3 orang.

Saturday, April 23, 2011

I'm a gleek!!!

orang lain kene bieber fever, tp aku kene glee fever..huhuhu...boleh dikatakan kebanyakan lagu yang diorang nyanyi kat glee ni aku punya favorite lagu..



aww...blaine sgt cute...


aku x de la minat sgt lagu ni tp aku ske tgk blaine menari


minat sangat remix ni n mr schuester is so damn hot...><


the warblers again....


ok ni sangat cute tp kesian plak tgk kurt..(aku tahu islam haramkan benda2 gay ni tp aku ske sgt video ni)







waaaarrrrgggghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!


seyes meremang bulu roma aku masa rachel buat part yg tarik tu...





banyak lagi lagu2 yg sedap dr glee ni..tp aku x leh nak upload..korang gi la tgk kat youtube sendiri ye...

Wednesday, April 13, 2011

KAMI GENG KAPAK!

kami ni x de lah seganas nama geng kami. ntah mcm mana nama geng kapak tu boleh terlekat ngan kteorg yg ayu lagi santun ni (hahaha,perasan.:-p)


kakak tudung coklat tu adibah..
kakak tudung colourful tu aqilah..
kakak tudung syria tu faezah..
kakak tudung biru tu farah..
n
kakak tudung hitam tu ofcoz la aku.

(ni masa kononnya nak blaja addmath kat surau.alih2 buat photo shoot)
hahaha..abaikan tulisan kat gambar tu.
nama : farah hani binti munjiat
d.o.b : 2.4.93
status : already taken
duduk sebelah dia hari2 memang best sbb selalunya kalau kerja sekolah aku x siap aku tgk dia punya. lagi2 kerja bi sbb dia pandai bi. kteorg berdua mengamalkan prinsip 'harta mu harta ku juga' sbb kalau ada barang aku hilang mcm pen ke pensil ke, check kat pensil case dia yg besar tu,mesti jumpa. kadang2 aku pun ske ambik barang dia. hehehe. fair la tu kan.rasanya pernah gak kteorg tersilap bawak balik buku teks masing2. disebabkan dia ni ketua kelas, kadang2 aku kesian tengok dia kelam kabut buat keje. tapi setahu aku dia x pernah merungut. sbb dia memang hebat. gua respect sama lu farah.

(time aku,dia,farah n aqila gi imu.)
comel giler gambar ni.huhuhu..
nama : faezah binti madon
d.o.b : 19.3.93
status : single but i'm not sure is available
seorang yang sangat comel. agaknya kalo aku suh dia pakai baju adik aku mesti longgar giler.faezah ni seorg pemalu, kalo cakap pun suara macam nak x nak je keluarnya. tp kalo ngan kteorg cakap macam biasa je la. dia ni penolong ketua kelas. kalau farah x dtg n dia macam x leh nak jerit2 sangat dia mesti suruh aku yang bagi salam. kalo dua2 x de memang aku tukang bg salam. faezah ni gak seorang pengemas. kalo tengok beg dia sentiasa kempis je sbb dia akan susun buku dia elok2.


nama : nur aqila shahira binti azizi
d.o.b : 25.12.93
status : sama mcm faezah
baru kenal rapat ngan dia masa form4. walaupun dia anak sulung tapi dia still mcm anak mak. x pe la dia adik beradik ada 3 org je. tapi antara dia ngan adik pompuan yang bawah dia ni memang jauh giler beza. yang kakak nampak la ciri keperempuanan nya, tapi si adik ni agak kasar sikit. nasib baik muka sama. kalo x memang x perasan diorang ni adik beradik.satu benda yang kelakar pasal qila ni bila bersembang ngan dia,kadang2 susah nak paham apa dia cakap sebab kalo sekali dengar mcm dia tengah mumbling. sian qila sebab selalu kene ulang dua tiga kali benda yang dia cakap.



nama : nurul adibah binti masab
d.o.b : 14.4.93
status : sama mcm faezah n aqila
diba ni agak giler2 sikit. kadang2 geram gak ngan dia ni. tapi nasib baik la dia ni kalo bab tolong org jarang la nak berkira. walaupun kteorg lain kelas ngan diba tapi kteorg tetap rapat ngan dia.kalo ada nak jalan2 ke mesti ajak dia sebab dia ni pantang di ajak berjalan mesti nak ikut.sejak habis sekolah ni, orang yang aku kerap kali contact bdk ni la. dah dia je yg free. faezah n farah kerja. aqila selalunya x de kedit. kalo x de diba ni, rasa la bertapa aku keseorangan. dah la kat kawasan umah aku ni, kawan2 aku sume budak2 kecik.hehehe.thanks diba..^^..


sila abaikan dua org mamat yg dihadapan tu ye. mereka sekadar perhiasan.




aku rasa ayat aku mcm x betul.almaklumlah I ni x pandai bi..huhuhu..

gambar2 yg bertarikh 2/10 tu masa diorang beraya kat umah aku..

ni masa kteorg dah jd mereng sikit lepas buat projek rumah utk sivik..

x ingat time apa ni, yg aku ingat kteorg nak gi the store..

dua tahun bersama ngan mereka2 ni banyak kisah suka duka kteorg. perasaan marah sesama sendiri tu memang x boleh dielakkan. adat la kita berkawan. tapi masih banyak peristiwa manis yang dapat kami kenangkan bersama.

korang, aku sayang sangat ngan korang. thanks sebab jadi geng aku untuk dua tahun terakhir kita berada kat sekolah. segala kesedihan,kesusahan, kegembiraan, kemerengan, ketidakbetulan dan segala macam ke lah yang dah kita kongsi bersama. aku harap lepas ni kita masih boleh lepak sama2. kita main kat taman depan rumah aku lagi ye. huhuhu...adios...


Sunday, March 27, 2011

Alhamdulillah kenyang...

*burp*
x senonoh btul anak dara sendawa mcm tu..
hehehe...

ok semalam sir shariman ada belanja geng teratak makan2. antara yang datang, farid, syakir, elyas, jiha, laila, farha, faezah, aqila,adibah, khatijah n offcoz la aku. aku x tau la sebab apa sir nak belanja kteorg makan sbb tiba2 je dia suh aku ajak geng teratak lain. so aku agak dia nak belanja makan sekali kteorg boleh bincang pasal course apa yang kteorg boleh ambik berbekalkan dengan result kteorg yang x seberapa ni. tapi x bincang sgt pun pasal benda tu, kteorg banyak gelak2 je. happening giler semalam, kteorg buat pizza hut tu mcm teratak kteorg dulu je. tapi kesian kat sir la. aku bayangkan dia dalam kereta menangis sbb kene buli dengan aku ngan diba sbb pilih yang mahal2 je..huhuhu... sorry sir..lain kali kteorg belanja sir makan plak ye. yang ni khas untuk sir, sir x yah keluar duit pun.

cakap pasal result ni kan...(imbas kembali pada hari mengambil result)



NAMA MATA PELAJARAN GRED

BAHASA MELAYU A
BAHASA INGGERIS A
PENDIDIKAN ISLAM A
SEJARAH A-
MATHEMATICS A
ADDITIONAL MATHEMATICS B
PHYSICS C+
CHEMISTRY C+
BIOLOGY B


reaction dlm hati aku. *oh!*
aku x tau sama ada aku patut bersyukur atau menangis time tu. yang pastinya aku langsung x terkejut ngan result aku. aku memang dah jangka result aku jadi mcm tu..

adakah aku sedih?
mula2 nya tidak sebab aku tau masa time sekolah aku x berikan sepenuh usaha aku dalam belajar ni. tapi bila dah sibuk tanya2 kawan result diorang bape, n semuanya gempak2, buat aku rasa x keruan sgt. aku start salahkan diri aku kenapa aku x belajar betul2 dulu, kalo orang lain boleh dapat result gempak2, nape aku x boleh. dah la result aku ada 2c.

bukanlah aku x penah rasa orang ada result lagi bagus dari aku. masa exam biasa, selalu je aku dapat result lagi teruk dari yang ni. tapi masa upsr ngan pmr aku x penah rasa perasaan budak2 yang x dpt straight a ni. agaknya aku terlalu yakin tu yang jadi macam ni.

harapan aku nak teruskan pengajian dalam medic dah burn mcm tu je. aku susah nak buat keputusan nak ambik apa plak lepas ni. mak aku suh ambik cikgu, tapi bapak aku x suka cikgu. bapak aku cakap cikgu ni gaji x banyak. aku tengok cikgu kat sekolah dulu kaya2 je.x paham aku. kat borang upu tu aku letak fisioterapi, sains hayat, perhutanan, seni kulinari, ngan pendidikan awal kanak2. skunk ni aku x kesah dah kalo aku dapat apa2 course pun, janji aku dapat sambung belajar kat universiti. aku jadi cuak bila pikir aku x dapat sambung belajar.

so skunk ni aku hanya boleh tunggu surat tawaran untuk aku sambung blaja(harap2 dpt la)..
buat masa ni biarlah aku belajar jadi suri rumah je..

Monday, March 21, 2011

RESULT, RESULT, RESULT...TENSION AKU..

dalam masa lima hari yang lepas, aku dah menghabiskan dua buah novel ni(nampak sangat x de keje lain dah)..



novel ni sangat best. aku bagi two thumbs up kat hlovate ni(awat susah bebenor nak menyebut namanya).novel ni dah lama keluar pun, tapi baru skunk dapat baca, itu pun pinjam sepupu aku punya,nak beli duit tarak.hehehe.

bila baca novel aA+bB tu buat aku rasa nak kawen cepat. rasa macam sweet sangat bila bercinta lepas kawen ni. pastu dia memberi aku motivasi nak jadi doktor walaupun doktor tu bukanlah profession yang aku minat sejak dari aku budak2 lagi.

baca pulak novel [tunas] ni, aku dah start cuak. mana x cuaknya, segala macam formula addmath,equation chem, law dalam fizik ngan certain things dalam bio, keluar dalam novel tu. aku baca dah pening,macam pernah belajar, ada masuk ke dalam spm ari tu, macam2 la aku pikir.dah la result spm nak keluar esok.sabor je la.

kolej tunas ni merupakan sekolah asrama yang terima budak form4 ngan form5 je. masa baca novel ni buat aku rasa menyesal plak ngan tindakan aku dulu. masa form4, aku ada buat permohonan nak masuk kat sekolah sms kuala selangor,dapat..tapi aku tolak.alasan sebab dah tengah tahun. tapi bila pikir balik,bodoh betul tindakan aku tu. kalo aku pergi sekolah tu,aku rasa boleh kot aku nak dapat result gempak2 time exam. ye la, kat asrama memang budak pikir pasal nak belajar je,mana ada nak tengok tv ngan internet selalu. abis kelas ada prep. kat sini,abis sekolah lepak2 menghabiskan masa ada la. memang la kalo nak jadi pandai kat mana2 belajar pun boleh jadi pandai, janji rajin. tapi aku ni jenis yang x boleh tahan dari godaan. godaan tv, godaan internet, godaan katil, godaan peti ais...haish..macam2 la senang citer.kalau aku duk kat asrama, masa nak belajar mesti senang je nak rujuk kat kawan2 aku yang pandai2 kat sana. aku bukan cakap kawan2 aku x pandai, diorang sume pandai tapi diorang ada hal masing2. bukannya tiap2 hari bleh stay kat skola mcm aku ni. aku plak bukan ada gi tusyen ke apa. memang harapkan blaja kat kelas n kerajinan aku nak bukak buku bila kat rumah.

aku betul2 menyesal. kan bagus kalo aku ikut jejak langkah shahira, akmal alina n helmi pergi sms kuala selangor tu. dah la aku menyebabkan farah x dpt tawaran pergi asrama tu. i wish i could turn back time.

aku hanya boleh bermimpi. tapi,aku tetap bahagia kat sekolah bandar baru ni. aku bangga dapat berguru dengan cikgu yang hebat2 kat sini. aku bangga dapat kenal ngan senior2 aku. aku gembira sangat dapat berkawan dengan orang2 yang hebat kat sini. aku bersyukur dapat kenal junior2 aku yang sememangnya hebat. kat sini lah aku belajar tentang kehidupan. dalam kekesalan aku, aku tetap bersyukur.

esok result. aku hanya boleh tawakal je skunk ni. apa nak jadi, jadilah. semua meletakkan harapan yang tinggi. haarap aku x mengecewakan mereka.

Wednesday, March 2, 2011

Jom Merempit!!!

Semalam aku gagal dalam misi pencarian kerja,walaupun sebenarnya aku tanya satu kedai je.huhuhu.. Itu pun dia suruh aku tido kat kedai tu. Apa kejadahnya aku nak tido kat situ. Jarak antara kedai tu ngan rumah aku bukannya jauh. Aku jalan kaki balik dari sekolah lagi jauh. Terus x jadi nak mintak keje dah.

Tapi semalam tiba2 teringatkan Fatin Fariha,terus mesej dia tanya dia dah keje ke belum. Katanya belum sebab dia nak selesaikan hal lesen dia dulu. Lantas terus aku lamar dia untuk jadi peneman aku hari ni nak cari kerja kat saujana utama. Dia terima. YESSS!!!

Yang menjadi kerisauan aku hari ni dapat ke aku nak cari kerja yang menepati kriteria yang mak aku nak. Mak aku x kesah aku nak keje apa pun, satu jer dia mintak jangan balik malam. haish. Harap jumpa la.

Apa pun hari ni aku nak merempit puas2. Sejak dah dapat lesen ni, susah benor aku nak lekat kat umah. Kejap nak pegi kedai la, pastu nanti nak gi klinik la, nak gi pasaraya Best la. Rasanya pak guard tu pun dah muak tengok muka aku dua tiga kali ulang alik depan dia.Harap2 motor aku x wat hal plak masa berhenti kat traffic light. Selalu je mati. Geram aku... Ni yg nak mintak belikan kete ni...

Sunday, February 27, 2011

Kesedihan

Di saat orang lain tengah bergumbira,berjoli sakan dok perabis duit gaji mereka,

Aku di rumah hanya mampu meratapi nasib diriku yang tidak berduit,

Dompet ku yang suatu masa dahulu sentiasa terisi dengan duit belanja sekolah kini mula dipenuhi dengan sarang labah-labah..

Oh tidak!

Aku tidak mampu menghadapi semua ini lagi..

Aku perlukan duit..

Aku mahu kerja...

Thursday, February 24, 2011

ini post bukan mau buat anda jeles ah..

P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P

I'm sooooooo happppppppyyyyyyyyyy!!!!!!!!


yeah....
satu beban dah kurang...
tinggal nak tunggu result spm nak keluar jer...
aduh...
sakit plak jantung ni....

Wednesday, February 16, 2011

To Sir With Love

Sejak aku kecik lagi memang cita2 aku nak jadi cikgu. Sebabnya aku ni suka budak2. Tapi kan sejak kebelakangan ni aku macam ragu2 ngan cita2 aku sebab aku selalu sangat hilang kesabaran bila ajar adik aku. Ye la, nak jadi cikgu ni kan kene la sabar ngan perangai budak2. Haish, macam mana nak jadi cikgu ni. Walau apa pun aku tetap mengagumi kerja seorang guru ni. 11 tahun aku sekolah, banyak dah cikgu yang aku jumpa. And ada sorang cikgu ni yang aku rasa sampai bila2 aku akan ingat dia. Sir Shariman lah orangnya. Huhuhu...

Ada banyak benda kot aku nak cakap pasal dia. Tapi aku cuba untuk tidak melebih2. AKU CUBA..hehehe.

korang x rasa ke gambar ni macam ada persamaan??
hahaha...

Aku kenal sir ni sejak aku form 1 lagi. Sir ni antara guru lelaki yang paling feymes kat sekolah tu.Hensem plak,macam taylor lautner,(cubaan untuk membodek dia,kot2 dia ada terbaca ke.hehehe..). Dia bukan saja hensem malah teramat la baik dan pemurah..... Nampak sangat post ni hanya nak bodek dia. huhuhu...

Kat sekolah tu, sir la kaunselor aku,sir lah kawan aku, sir lah ayah aku. Aku kalau ada masalah, aku lagi selesa rujuk kat sir banding ngan kaunselor yang lain. Aku makin kerap buat sesi kaunseling ngan sir bila dah masuk form 5 ni. Tu pun sebab sir yang approach aku dulu. Dia cakap tahun tu giliran aku pulak untuk sir rapat dan bantu dengan semua masalah aku. Selalu jugak la aku nangis depan dia.

Bila sembang ngan sir, x semestinya cakap pasal hal sekolah. Aku suka sembang ngan sir pasal citer twilight. Ada sekali tu aku ada sesi kaunseling ngan sir, masa ngah citer masalah aku tu, tiba2 jer termasuk citer pasal twilight. Aku bila dah start cakap pasal twilight,susah nak berhenti, yang sir pulak layan jer. Pastu kalau bergurau macam bergurau ngan kawan2. Dia cakap aku,farah,faezah ngan aqilah ni madu2 dia. Aku x tau la macam mana isteri sir boleh x risau ngan sir.

Dan bila aku cakap sir ayah aku kat sekolah, ada satu time tu yang buat aku rasa dia betul2 macam ayah aku. Masa tu buat buka puasa bersama PRS, budak2 ngah solat maghrib, aku ngan sir pegi la beli barang sikit. Dalam kereta aku baru perasan sir pakai kain pelekat. Bila nak bayar barang2 tu,duit yang ada kat aku x cukup n aku mintak kat sir duit macam aku mintak duit kat ayah aku. Kalau cakap pasal dia belanja makan tu, boleh dikatakan dah banyak kali la jugak. Cuma dia x pernah belanja tengok movie twilight jer lagi..hehehe.. Dia jugak pernah la hantar aku balik rumah 2 3 kali.

Sepanjang 5 tahun aku kat sekolah bandar baru tu, sir la yang paling banyak bagi sokongan kat aku selain dari kawan2 aku. Dia banyak tolong aku dalam masalah study aku mahupun masalah peribadi aku. Jasa dia kat dalam PRS lagi la banyak. Dah banyak sangat duit yang dia keluarkan untuk kteorang.

Sir terima kasih untuk segala bantuan, sokongan dan dorongan yang sir dah bagi kat aina. Aina akan sentiasa doakan sir. Semoga sir akan terus menjadi guru yang hebat dan terus menjadi inspirasi kepada pelajar2 yang lain. Bagi aina sir lah guru yang terhebat. Thanks gak sebab sentiasa bantu aina ngan farid masa kteorg menghadapi kesusahan dalam PRS tahun lepas. Aina ngan farid x kan lupa jasa sir tu.. Thank you sooo much.

Lagu ni sangat sesuai untuk dinyanyikan pada sir. Sesiapa yang suaranya sedap tolong nyanyikan kat sir untuk aku..huhuhu.. Enjoy.


Those schoolgirl days,
of telling tales and biting nails are gone
But in my mind,
I know they will still live on and on,

But how do you thank someone, who has taken you from crayons to perfume?
It isn't easy, but I'll try,

If you wanted the sky I would write across the sky in letters,
That would soar a thousand feet high,
To Sir, with Love

The time has come,
For closing books and long last looks must end,
And as I leave,
I know that I am leaving my best friend,
A friend who taught me right from wrong,
And weak from strong,
That's a lot to learn,
What, what can I give you in return?

If you wanted the moon I would try to make a start,
But I, would rather you let me give my heart,
To Sir, with Love....

Tuesday, February 8, 2011

Kalau la aku ada RM100...

weh..weh....ada plak orang yang sangat baik hati nak belikan barang untuk kita..tapi x de la mcm tu jer dia nak bagi...ofcoz la kene masuk contest kan...ni contest datangnya dari blog cik aunimiyukie..silalah lawat blog beliau...

first2 ingat nak mintak yg mcm najwa gak...nak beli buku..twilight saga nyer complete set..tapi mahal la plak...
so aku nak mintak ni...


aku ni jenis orang yg sgt suka simpan barang sebagai kenang-kenangan..salah satu benda yg aku suka ofcoz la gamabr..a picture is worth a thousand words right?kalo aku ada masa,aku suka tengok gambar2 kawan aku..kadang2 buat aku tergelak sorang2..hanya melalui gambar aku dapat simpan semua kenangan manis aku..

jadi cik aunimiyukie tolong lah saya menambahkan koleksi gambar saya ye...pilih je salah satu camera kat atas ni..harga dia RM90...pegi kat page ni kalo nak tengok yang lain http://www.theclickshop.net/products/fuuvi-juice-camera/...

saya tag..
n
-sape2 je yg baca post ni...

p/s : najwa..thanks sbb tag..nasib baik sempat baca...

Tuesday, January 25, 2011

25 Random Things About Me...huhuhu...

post aku sejak kebelakangan ni semuanya sebab orang tag aku..adei..aku ada banyak idea nak wat tapi malas nak menyusun ayat..hurm..

"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

1.sekarang ni aku penganggur sepenuh masa.

2.baru dapat lesen L untuk kete ngan moto...yahooo....

3.I'm a gleek...suka perasan diri sendiri pandai nyanyi n ada suara sedap..huhuhu...


4.i love star-gazing...sangat bersyukur ada tingkap bilik yg sangat luas,yang membolehkan aku tengok bintang sebelum nak tidur.teringin sgt nak lakukannya bersama dengan 'dia'..

5.tak suka makan sayur walaupun dah besar panjang macam ni..

6.sangat suka benda2 manis dan pandai la buat sikit2..

7.tengah rindu nak jumpa org yg tag aku utk post ni..

8.selalu berazam nak simpan rambut panjang tapi last2 potong gak rambut..

9.berangan kalau ada RM 1000, nak habiskan dalam masa satu hari jer..

10.teringin nak belajar main gitar ngan piano.

11.sangat penakut tapi suka tengok citer hantu.

12.sayangkan kawan-kawan saya...

13.suka sangat ngan nightmare.aku rasa jack sangat cute and aku ngah kumpul barang2 nightmare...

14.suka baby ngan budak2..

15.yes..i do have weight problem..mana boleh tahan...aku masak kek aku sendiri yg habiskan...hahahaha..
lagi2 x wat apa2 skunk ni...

16.aku ni senang sangat nangis n x tahan bila tengok orang lain nangis.ingat lg ada satu time tu najwa telah dituduh bukan2,n dia nangis,aku yg pada mulanya berniat nak pujuk dia last2 aku sendiri yg nangis...

17.aku suka warna hitam tapi x bermakna aku ni goth...

18.aku ni cepat menggelabah kalo aku baru cuba sesuatu yg aku xpernah buat..contohnya mcm bawak kete..aku akan rasa cuak sangat n aku x kan ingat apa yg cikgu tu ajar..haish...

19.aku susah nak lepaskan barang2 yg boleh bagi kenangan kat aku..walaupun benda tu benda2 yg remeh je..ada satu time tu najwa ada belikan aku sticker gambar tengkorak,aku lekat kat cover calculator aku..pastu lepas abis pmr adik sedara aku nak guna calculator tu,aku punya sayang sticker tu aku bagi adik sedara aku calculator ngan cover lain..cover tu aku simpan jer..

20.aku kalo gelak x reti nak control..mesti gelak kuat2..kalo cakap pun mesti nak kuat jer...sampai syiha selalu tegur aku suh slow kan suara aku..hahaha...malu sendiri...

21.hidung aku sgt sensitif..kalo kene habuk sikit aku akan bersin mcm nak terkeluar otak aku..pastu kalo sejuk,hidung aku akan tersumbat yg membuatkan aku x leh bernafas...seksa woooo....

22.kalo ambik wudu' baju mesti basah...macam orang baru lepas mandi...

23.walaupun dah dekat tiga tahun aku kat desa coalfields, tapi kadang2 terlintas kat fikiran aku,'bila nak balik paya jaras dalam hah?'..aku x tau kenapa aku pikir mcm tu..maybe sebab 14 tahun aku duk kat situ,sampai skunk image umah tu aku x leh lupa...banyak sangat kenangan kat umah tu...

24.yay..dah x tau nak letak apa...oklah, saya sokong jacob..siapa dengan saya sila angkat tangan...hehehehe...

25.aku mengambil masa selama 3 minggu utk menyiapkan entry ni...susah benor nak tulis pasal diri sendiri..sepanjang tiga minggu ni gak aku bleh je abiskan sebanyak 5 buah novel ramlee awang murshid..

aku tag sape2 je yang baca post ni..(ada ke yg baca?hahaha)





Sunday, January 2, 2011

i'm with you chris brown





1. If someone says, "Is it okay?" you'll say...
watcha say - jason derulo
(hahahaha)


2. How would you describe yourself?
irreplaceable - beyonce
(aina ni hanya satu dalam dunia ni..hahahaha)


3. What do you like in a guy/girl?
imagine - glee cast member
(ya,aku memang suka sesorang yang pandai berimaginasi..hahaha..x kene langsung..)


4. How do you feel today?
animal - neon trees
(wooo @_@ aku tidak rasa seperti binatang hari ni)

5. What is your life's purpose?
buttons - pcd
(apakah????)


6. What's your motto?
come home - one republic ft sara bareilles
(rumah ku syurga ku)


7.What do your friends think of you?
marry you - glee cast member
(yes i do want to marry you..muahahaha)


8. What do you think of you?
over the rainbow - glee cast member
(yay.i'm the blue bird that fly over the rainbow..huhuhu)


9. What do you think about very often?
dota - basshunter
(saya bukan gamers tapi saya teringin nak jadi..hehehe)


10. What is 2+2?
i'm not okay - mcr
(i'm not okay with math..hahaha..sekolah dah abis)


11. What do you think of your best friend?
river flow in you - yiruma
(wow..ko ada sungai dalam diri ko..hebat...)


12. What do you think of the person you like?
selamat malam - faizal tahir
(z_z)

13. What is your life story?
who is - bruno mars
(siapa aku di bumi tuhan yang luas ni?eh x kene langsung ngan tauk lagu..hehehe..)


14. What do you want to be when you grown up?
stand by me - ben e king
(erkkk...pekerjaan apakah itu)

15. What do you think of when you see the person you like?
luhur - kamikaze
(org yg aku suke x mati lagi la..>_<)


16. What will you dance to at your wedding?
bella's lullaby - carter burwell
(love this song sooo much)


17. What will they play at your funeral?
hold my hand - maher zain
(lain macam plak)


18. What is your biggest fear?
no one - alicia keys
(aku takut bila x de orang dalam idup aku)


19. What is your biggest secret?
cinta sempurna - yuna
(aku teringin nak rasa cinta sempurna dari mu)


20. What will you Post This As?
with you - chris brown



saya tag kak hani,najwa, jiha, farha, rozi, farah n sape2 je la yang baca post ni...


Sekian