Saturday, April 30, 2011

Mak Saya Nak Kahwin....

Pagi tadi aku gi kenduri kahwin sepupu aku kat kl...
dia tua dari aku 2 tahun je kot,dah kawen..abang2 n kakak dia ada je yang belum kahwin lagi..langkah bendul..
tengok dia kat atas pelamin tu buat aku rasa macam nak kahwin cepat..
huhuhu..nasib baik la aku x de calon laki lagi...kalau x memang aku dah suruh dia jumpa mak bapak aku dah..
sepupu aku tu,lepas ni agaknya duk sabah la ikut laki dia..x dapat la nak jumpa dia..oleh kerana abah aku ni ada ramai adik beradik, maka ramai la sepupu2 aku ni...kebanyakannya dah besar n aku x rapat pun dengan diorang.. ada yang aku x ingat nama pun.. ramai sangat..sebab tu belah abah aku ni, aku paling rapat dengan sepupu aku yang dah kahwin tu la.
tapi yang bestnya tadi bila tengok sepupu aku ngan laki dia tu naik pelamin. laki dia duduk je atas pelamin mata dah berair, nak nangis..aku nak tergelak pun ada. tapi bila tengok mak sedara aku(mak kepada sepupu aku tu) merenjis diorang, sepupu aku tu nak nangis dah. time tu aku terasa la sedih nya.

esok ada lagi kenduri kahwin,abang sedara belah bapak aku gak,tapi kat sini je..
haish..jealous pulak aku tengok orang kahwin ni..sabar aina..lama lagi ko nak kahwin...

Thursday, April 28, 2011

4 Hari Lagi...

4 hari lagi.
Lepas ni aku dah tak duduk mengadap komputer ni siang malam.
Habis la farmville aku tak berjaga.
Tak boleh nak baca blog orang lain.
Tak boleh nak tengok tumblr lagi.

4 hari lagi.
Aku dah tak boleh nak merempit pagi-pagi hantar adik pergi sekolah agama.
Atau bawak mak pergi pasar beli barang atau pergi klinik ambik ubat darah tinggi mak.
Tak dapat berselisisih lagi dengan cikgu yang mengajar aku bawak kereta dan motor yang kebetulan tengah ajar orang bawak lori.
Aku pasti gian nak bawak motor nanti.

4 hari lagi.
Aku akan belajar untuk berdikari.
Tak ada lagi mak yang basuhkan baju.
Tak ada lagi mak yang tolong masakkan.
Semuanya aku kene buat sendiri.

4 hari lagi.
Aku memang teruja nak menimba ilmu ditempat baru, terasa diri ini sudah dewasa.
Tapi aku risau mahu meninggalkan rumah ni.
Risau mahu meninggalkan mak yang sentiasa sakit.
Lepas ni, mak hanya masak untuk 3 orang.

Saturday, April 23, 2011

I'm a gleek!!!

orang lain kene bieber fever, tp aku kene glee fever..huhuhu...boleh dikatakan kebanyakan lagu yang diorang nyanyi kat glee ni aku punya favorite lagu..



aww...blaine sgt cute...


aku x de la minat sgt lagu ni tp aku ske tgk blaine menari


minat sangat remix ni n mr schuester is so damn hot...><


the warblers again....


ok ni sangat cute tp kesian plak tgk kurt..(aku tahu islam haramkan benda2 gay ni tp aku ske sgt video ni)







waaaarrrrgggghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!


seyes meremang bulu roma aku masa rachel buat part yg tarik tu...





banyak lagi lagu2 yg sedap dr glee ni..tp aku x leh nak upload..korang gi la tgk kat youtube sendiri ye...

Wednesday, April 13, 2011

KAMI GENG KAPAK!

kami ni x de lah seganas nama geng kami. ntah mcm mana nama geng kapak tu boleh terlekat ngan kteorg yg ayu lagi santun ni (hahaha,perasan.:-p)


kakak tudung coklat tu adibah..
kakak tudung colourful tu aqilah..
kakak tudung syria tu faezah..
kakak tudung biru tu farah..
n
kakak tudung hitam tu ofcoz la aku.

(ni masa kononnya nak blaja addmath kat surau.alih2 buat photo shoot)
hahaha..abaikan tulisan kat gambar tu.
nama : farah hani binti munjiat
d.o.b : 2.4.93
status : already taken
duduk sebelah dia hari2 memang best sbb selalunya kalau kerja sekolah aku x siap aku tgk dia punya. lagi2 kerja bi sbb dia pandai bi. kteorg berdua mengamalkan prinsip 'harta mu harta ku juga' sbb kalau ada barang aku hilang mcm pen ke pensil ke, check kat pensil case dia yg besar tu,mesti jumpa. kadang2 aku pun ske ambik barang dia. hehehe. fair la tu kan.rasanya pernah gak kteorg tersilap bawak balik buku teks masing2. disebabkan dia ni ketua kelas, kadang2 aku kesian tengok dia kelam kabut buat keje. tapi setahu aku dia x pernah merungut. sbb dia memang hebat. gua respect sama lu farah.

(time aku,dia,farah n aqila gi imu.)
comel giler gambar ni.huhuhu..
nama : faezah binti madon
d.o.b : 19.3.93
status : single but i'm not sure is available
seorang yang sangat comel. agaknya kalo aku suh dia pakai baju adik aku mesti longgar giler.faezah ni seorg pemalu, kalo cakap pun suara macam nak x nak je keluarnya. tp kalo ngan kteorg cakap macam biasa je la. dia ni penolong ketua kelas. kalau farah x dtg n dia macam x leh nak jerit2 sangat dia mesti suruh aku yang bagi salam. kalo dua2 x de memang aku tukang bg salam. faezah ni gak seorang pengemas. kalo tengok beg dia sentiasa kempis je sbb dia akan susun buku dia elok2.


nama : nur aqila shahira binti azizi
d.o.b : 25.12.93
status : sama mcm faezah
baru kenal rapat ngan dia masa form4. walaupun dia anak sulung tapi dia still mcm anak mak. x pe la dia adik beradik ada 3 org je. tapi antara dia ngan adik pompuan yang bawah dia ni memang jauh giler beza. yang kakak nampak la ciri keperempuanan nya, tapi si adik ni agak kasar sikit. nasib baik muka sama. kalo x memang x perasan diorang ni adik beradik.satu benda yang kelakar pasal qila ni bila bersembang ngan dia,kadang2 susah nak paham apa dia cakap sebab kalo sekali dengar mcm dia tengah mumbling. sian qila sebab selalu kene ulang dua tiga kali benda yang dia cakap.



nama : nurul adibah binti masab
d.o.b : 14.4.93
status : sama mcm faezah n aqila
diba ni agak giler2 sikit. kadang2 geram gak ngan dia ni. tapi nasib baik la dia ni kalo bab tolong org jarang la nak berkira. walaupun kteorg lain kelas ngan diba tapi kteorg tetap rapat ngan dia.kalo ada nak jalan2 ke mesti ajak dia sebab dia ni pantang di ajak berjalan mesti nak ikut.sejak habis sekolah ni, orang yang aku kerap kali contact bdk ni la. dah dia je yg free. faezah n farah kerja. aqila selalunya x de kedit. kalo x de diba ni, rasa la bertapa aku keseorangan. dah la kat kawasan umah aku ni, kawan2 aku sume budak2 kecik.hehehe.thanks diba..^^..


sila abaikan dua org mamat yg dihadapan tu ye. mereka sekadar perhiasan.




aku rasa ayat aku mcm x betul.almaklumlah I ni x pandai bi..huhuhu..

gambar2 yg bertarikh 2/10 tu masa diorang beraya kat umah aku..

ni masa kteorg dah jd mereng sikit lepas buat projek rumah utk sivik..

x ingat time apa ni, yg aku ingat kteorg nak gi the store..

dua tahun bersama ngan mereka2 ni banyak kisah suka duka kteorg. perasaan marah sesama sendiri tu memang x boleh dielakkan. adat la kita berkawan. tapi masih banyak peristiwa manis yang dapat kami kenangkan bersama.

korang, aku sayang sangat ngan korang. thanks sebab jadi geng aku untuk dua tahun terakhir kita berada kat sekolah. segala kesedihan,kesusahan, kegembiraan, kemerengan, ketidakbetulan dan segala macam ke lah yang dah kita kongsi bersama. aku harap lepas ni kita masih boleh lepak sama2. kita main kat taman depan rumah aku lagi ye. huhuhu...adios...