Wednesday, May 18, 2011

One Happy Family At Home

Erk bukan nya at home sebenarnya, tp at teratak..
hehehe...

Kalau korang ingat, kita pada mulanya hanya merempat kat kantin sekolah. Selalu dihalau oleh cikgu Rosli, dah macam pendatang asing, tapi kita tetap datang balik lepak kat kantin. Sampai la satu hari kita bersetuju untuk pindah dari kantin ke tempat yang dah macam rumah kita iaitu teratak kesayangan kita(walaupun tak de siapa pun yang cakap teratak tu geng kita yang punya)

Kat teratak tu la kita belajar..
(KP jadi mereng sekejap sebab belajar fizik)

Kat situ jugak la tempat ada yang nak melepaskan rindu..
(ni la ayah n ibu kami...erk pelik la pulak. "^_^)

Ada gak yang jadikan teratak tu tempat dia nak tidur..
(Ok, nampaklah betapa aku ni hidup merempat, macam tak de rumah nak tidur)

Tak lupa gak teratak tu sebagai tempat kita nak mengasah bakat yang terpendam...
(Kami ni sebenarnya dah lama teringin nak jadi model. hehehe..)

Apa pun,kat situ la segala kenangan kita kutip bersama, yang baik mahupun yang buruk. Masing-masing memainkan peranan masing-masing.

Syakir sebagai cikgu bio

Farid sebagai ketua

Syiha sebagai entertainer kitorang(sebabkan dia selalu bawak laptop dah main piano untuk kitorang)
Laila photographer kitorang..
Dan yang lain2 hanya la pengikut-pengikut yang setia( kitorang bukan ajaran sesat ye)

Kita semua seronok meluangkan masa bersama-sama dan aku dah anggap korang macam adik beradik aku dah. Tak kesah la lepas ni kita belajar kat mana pun, janji korang jangan lupa geng kita ni. Aku nak mintak maaf sebab selama ni aku banyak sakitkan hati korang, terkasar bahasa, tercuit,tertampar ke. I'm really sorry. Dan terima kasih jugak sebab terima aku dalam geng ni walaupun aku dah ada geng kapak aku. Thanks korang sebab menjadi sebahagian dari memori bahagia aku kat sekolah.




Teratak's members : Farid, Syihabuddin, Syakir, Elyas, Jiha, Laila, Farha and Puteri... Love you guys sooo much...

Friday, May 13, 2011

I Think People Hate Me...

Aku selalu rasa orang kat sekeliling aku sebenarnya tak suka aku pun..
Termasuklah kawan-kawan aku sendiri..
Ye aku mengaku aku bukanlah seorang kawan yang baik.
Aku banyak buat silap.
Aku banyak sakitkan hati orang sekeliling aku.
Dan aku sangat yakin, pasti ramai orang yang kutuk aku, termasuklah kamu,ye aku tahu..

Aku tak salahkan pun kalau kawan aku sendiri yang kutuk aku.
Sebab aku selalu layan kawan aku dengan teruk.
I deserve it..

I'm not beautiful, i'm not smart, i'm fat, my personality is like a ***** and i almost invisible to everyone in my school.
people don't like me...