Saturday, July 21, 2012

A Bundle Of Joy..







Nama : Ahmad Aqlan Bin Ahmad Syaiful.
Tarikh Lahir : 13.3.2012
Nama Panggilan : Aqlan, Alan, Amat, Lan-Lan.
Hobi Di Waktu Lapang : Siang tidur malam berjaga kacau mak dia nak pegi keje keesokan harinya.
Currently : Baru lepas belajar meniarap and asyik nak meniarap je. Tidur pun nak meniarap.

Sejak lahirnya Aqlan ni ke dunia, hidup kami semua jadi ceria sangat. Both family, family aku ngan family Kak Epa. Sebab Aqlan cucu pertama dalam both family ni. Boleh dikatakan, sesiapa yang keluar dari rumah, sama ada pergi kerja, sekolah atau pergi jalan-jalan, sampai je rumah mesti nak tengok Aqlan dulu. Cium-cium dia, dukung dia. Apa-apa je mesti Aqlan.

Aku ni adalah penjaga dia yang berbayar. Aku tak mintak pun, tapi dah orang nak bagi duit, siapa yang nak tolak kan. Habis je matrik memang aku dah niatkan dalam hati yang aku nak jaga Aqlan je. Abah aku ada suruh aku pergi kerja, tapi rasa tak sanggup pulak nak tinggalkan Aqlan kat rumah ngan mak aku je. *sebenarnya alasan sebab malas nak kerja.

Sejak jaga Aqlan ni baru aku nampak penat jerih mak aku jaga kitorang adik beradik masa kitorang kecik. Aku dah buat semuanya. Mandikan, tuam perut, pakai baju, susukan dia, jaga tengah malam sampai pukul lima sebab dia tak nak tido dan tak nak bagi dia kacau mak dia nak tido. Memang penatla. Kalau tak keje memang senangla, ni tengok kakap ipar aku ni, pagi pergi keje pukul 6, balik kul 8 malam. Penat woh! Nasib baik makan minum mak aku yang sediakan,kurang sikit penatnya.

Apa pun, akan datang sudah tentunya aku nak anak sendiri. Anak ni kan anugerah Tuhan. Insyaallah kalau diizinkan. Cuma harapan aku, aku dapat didik aku dengan baik.

TEPUK AMAI-AMAI, BELALANG KUPU-KUPU,
TEPUK AQLAN PANDAI, NANTI ACHIK UPAH SUSU.

Wednesday, July 18, 2012

*Please Insert A Cliche Title..

Assalamualaikum.
Pertama sekali, aku tak nak letak apa-apa tajuk untuk post kali ni sebab title tu akan nampak sangat obvious pasal apa yang aku nak cakap kan ni.

Okay,keputusan UPU sudah keluar, debaran untuk beberapa malam sampai tak boleh nak tidur malam sudah berakhir. Dan alhamdulillah. Aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran aku. Di mana? Nun ke seberang. Bukan Indon ye.. Sabah je.


Pergh, selama ni punya merungat sebab dapat belajar kat tempat yang dekat-dekat je, sekali, ke Sabah kau pergi. *terduduk dan terdiam. Cuak gak bila dapat tahu kene pergi jauh. Kalau masa kat matrik dulu boleh la kalau rasa homesick je, balik rumah naik bas atau tumpang Faezah. Ni hah kau kat sana kau nak tumpang sape? Ingat nak naik flight tu murah? Alamatnya berenang la kau kalau nak balik ke semenanjung Malaysia.

Bila sudah tersebarnya berita yang bahawasanya aku akan ke Sabah, banyak la suara-suara yang menyuarakan pendapat mereka.
 Tidak dinafikan ada juga suara-suara sumbang yang melemahkan semangat aku. Tapi aku tahu suara-suara itu tidak bermaksud mahu membuatkan aku rasa kecewa. Namun setelah aku merujuk kepada beberapa suara yang boleh aku percayai, aku jadi yakin balik. Ada juga suara yang sedia menawarkan aku bantuan jika aku dalam kesusahan masa ada kat sana nanti.

Kalau dah namanya merantau ke tempat orang, mestilah kita akan merasa kesusahan kadang kala *atau selalu,depends. Tapi semuanya bergantung pada diri kita sendiri . Kalau kita pandai menjaga diri senang la jadinya. My biggest concern bila aku kat sana adalah berkenaan dengan duit. 
Aku mengaku aku amatlah tak pandai nak menguruskan duit aku. Ingat lagi minggu terakhir aku kat matrik, sampai terpaksa berpuasa sebab duit dah habis.*ish3..teruk perangai anak dara sorang ni. Tapi aku harap kat Sabah nanti aku akan lebih berjimat. Nak kene sediakan tabung khas untuk duit nak beli tiket kapal terbang nak balik semenanjung nanti.

Apa yang lagi mendebarkan aku adalah course yang aku dapat ni. Fizik dan elektronik. Fizik! Haish, masa tengah pilih course dulu tak de la rasa macam menyeramkan fizik tu, tapi bila dah dapat ni rasa macam takut pulak. Aku takut tak boleh nak bawak. Masa kat matrik memang la senang sebab ada lecturer yang baik punya, kat sana tak tau lagi.Haish.

Sudah lah Aina, jangan merungut lagi. Belum cuba belum tahu.Ganbatte..

SELAMAT TINGGAL DESA COALFIELDS,
SELAMAT TINGGAL SUNGAI BULOH,
SELAMAT TINGGAL SELANGOR,
SELAMAT TINGGAL SEMENANJUNG,

HAI SABAH..^_^..


Thursday, July 12, 2012

Full Time Housewife.

Okay, this post is not about me deciding to be a full time housewife after I graduate. Since I am jobless while waiting for the upu result, everyday i will surf the internet and searching for random stuff. Yesterday, I stumbled upon this video about how to organize your closet and from there I watched more video about how to rearrange the bedroom or even how to fold clothes(not that I don't know how to fold clothes) and I became addicted to it and want to watch more video.


I always want to have a bedroom like this

 

But instead I have one that look like this

(not my real bedroom)

Currently I don't have my own bedroom because my brother and his wife living with us while waiting for their house to finish renovate and they use my bedroom. So I can not do much in my bedroom. Just waiting for them to move before I can make some makeover for my bedroom.


I admit that I am not the type of person who like to do cleaning and organizing chores. But when I start to do it, I will do it properly. And after I found all that video in youtube, I found that cleaning and organizing can be simple if you know how to do it.


For example, have you ever find that your closet is not big enough for you even though you don't have so many clothes, sometimes u will just stuff all the clothes in there. I do that. Often. Since I share that one particular closet with my sister, and she have a lot of clothes, our clothes often get mixed. With all the t-shirts, blouses, tudung, all in one closet.


So after I watched that video, I started to take all my clothes out and fold them nicely and neatly and arrange it in the right way.Guest what? It actually work. From this




It became like this




Huhuhu.. I'm so happy with the result.


I should be doing this more often. It make me so happy.

Monday, July 9, 2012

Kita Kawan Kan?

Aku ingat lagi first time jumpa kau, dalam hati aku 'wah,macam artis lah muka budak ni!'. Dan tidak aku nafikan masa tu memang aku suka kau sikit itupun sebab muka kau macam muka artis yang aku suka. Tak lama lepas tu aku dengar pulak yang kau dah kapel dengan kawan aku, aku tak rasa apa sangat pun time tu sebab aku tak kenal kau sangat.

Beberapa tahun lepas tu, aku telah diberikan peluang untuk kenal kau dengan lebih dekat. Tak sangka, pengalaman bersama dengan kau selama dua hari buat kita jadi rapat sampai sekarang. Semuanya bermula pada malam tu. Ntah macam mana, kita boleh berkerjasama tanpa ada sebarang halangan. Malam itu perangai aku agak gedik jadi maaf untuk itu. Kita sangat hebat dalam berkerjasama sampai aku rasa tak takut untuk menonjolkan diri aku buat kali pertamanya sehinggakan aku telah diberikan anugerah pada keesokan harinya. Aku nak berterima kasih untuk itu.

Kemudian, bermulalah sebuah persahabatan yang selama ini aku hanya boleh impikan. Hanya dalam masa dua tahun di sekolah, banyak sangat pengalaman yang dah aku lalui dengan kau. Dengan segala macam camping kita pergi, segala macam program yang kita handle buat aku lebih mengenali kau.

Kita pernah bergaduh. Kita pernah meninggikan suara antara satu sama lain. Tapi semua tu tak dapat menandingi dengan semua happy moment kita.

Kau sentiasa ada untuk aku. Setiap kali aku rasa macam nak menangis, kau sentiasa buat aku ketawa balik. Setiap kali aku nak meluahkan rasa beban di hati, kau selalu ada untuk tenangkan aku balik.

Aku tau, ramai yang cakap lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik sebab nanti samada korang saling mencintai atau salah seorang dari korang akan terluka. So far hubungan kau dengan aku okay je. Aku tak berani nak cakap lebih, let the time do their work. If it meant for us to be best friend for a long time then it is good. But if one day, you forgot about us,it is okay with me. Because I know when that time comes, you already be with her.

LET US CHEERS FOR THE MEMORIES OF US!! 
















THANK YOU MOHD FARID BIN MOHD YUSOF FOR BEING MY FRIEND!