Sunday, March 27, 2011

Alhamdulillah kenyang...

*burp*
x senonoh btul anak dara sendawa mcm tu..
hehehe...

ok semalam sir shariman ada belanja geng teratak makan2. antara yang datang, farid, syakir, elyas, jiha, laila, farha, faezah, aqila,adibah, khatijah n offcoz la aku. aku x tau la sebab apa sir nak belanja kteorg makan sbb tiba2 je dia suh aku ajak geng teratak lain. so aku agak dia nak belanja makan sekali kteorg boleh bincang pasal course apa yang kteorg boleh ambik berbekalkan dengan result kteorg yang x seberapa ni. tapi x bincang sgt pun pasal benda tu, kteorg banyak gelak2 je. happening giler semalam, kteorg buat pizza hut tu mcm teratak kteorg dulu je. tapi kesian kat sir la. aku bayangkan dia dalam kereta menangis sbb kene buli dengan aku ngan diba sbb pilih yang mahal2 je..huhuhu... sorry sir..lain kali kteorg belanja sir makan plak ye. yang ni khas untuk sir, sir x yah keluar duit pun.

cakap pasal result ni kan...(imbas kembali pada hari mengambil result)



NAMA MATA PELAJARAN GRED

BAHASA MELAYU A
BAHASA INGGERIS A
PENDIDIKAN ISLAM A
SEJARAH A-
MATHEMATICS A
ADDITIONAL MATHEMATICS B
PHYSICS C+
CHEMISTRY C+
BIOLOGY B


reaction dlm hati aku. *oh!*
aku x tau sama ada aku patut bersyukur atau menangis time tu. yang pastinya aku langsung x terkejut ngan result aku. aku memang dah jangka result aku jadi mcm tu..

adakah aku sedih?
mula2 nya tidak sebab aku tau masa time sekolah aku x berikan sepenuh usaha aku dalam belajar ni. tapi bila dah sibuk tanya2 kawan result diorang bape, n semuanya gempak2, buat aku rasa x keruan sgt. aku start salahkan diri aku kenapa aku x belajar betul2 dulu, kalo orang lain boleh dapat result gempak2, nape aku x boleh. dah la result aku ada 2c.

bukanlah aku x penah rasa orang ada result lagi bagus dari aku. masa exam biasa, selalu je aku dapat result lagi teruk dari yang ni. tapi masa upsr ngan pmr aku x penah rasa perasaan budak2 yang x dpt straight a ni. agaknya aku terlalu yakin tu yang jadi macam ni.

harapan aku nak teruskan pengajian dalam medic dah burn mcm tu je. aku susah nak buat keputusan nak ambik apa plak lepas ni. mak aku suh ambik cikgu, tapi bapak aku x suka cikgu. bapak aku cakap cikgu ni gaji x banyak. aku tengok cikgu kat sekolah dulu kaya2 je.x paham aku. kat borang upu tu aku letak fisioterapi, sains hayat, perhutanan, seni kulinari, ngan pendidikan awal kanak2. skunk ni aku x kesah dah kalo aku dapat apa2 course pun, janji aku dapat sambung belajar kat universiti. aku jadi cuak bila pikir aku x dapat sambung belajar.

so skunk ni aku hanya boleh tunggu surat tawaran untuk aku sambung blaja(harap2 dpt la)..
buat masa ni biarlah aku belajar jadi suri rumah je..

Monday, March 21, 2011

RESULT, RESULT, RESULT...TENSION AKU..

dalam masa lima hari yang lepas, aku dah menghabiskan dua buah novel ni(nampak sangat x de keje lain dah)..



novel ni sangat best. aku bagi two thumbs up kat hlovate ni(awat susah bebenor nak menyebut namanya).novel ni dah lama keluar pun, tapi baru skunk dapat baca, itu pun pinjam sepupu aku punya,nak beli duit tarak.hehehe.

bila baca novel aA+bB tu buat aku rasa nak kawen cepat. rasa macam sweet sangat bila bercinta lepas kawen ni. pastu dia memberi aku motivasi nak jadi doktor walaupun doktor tu bukanlah profession yang aku minat sejak dari aku budak2 lagi.

baca pulak novel [tunas] ni, aku dah start cuak. mana x cuaknya, segala macam formula addmath,equation chem, law dalam fizik ngan certain things dalam bio, keluar dalam novel tu. aku baca dah pening,macam pernah belajar, ada masuk ke dalam spm ari tu, macam2 la aku pikir.dah la result spm nak keluar esok.sabor je la.

kolej tunas ni merupakan sekolah asrama yang terima budak form4 ngan form5 je. masa baca novel ni buat aku rasa menyesal plak ngan tindakan aku dulu. masa form4, aku ada buat permohonan nak masuk kat sekolah sms kuala selangor,dapat..tapi aku tolak.alasan sebab dah tengah tahun. tapi bila pikir balik,bodoh betul tindakan aku tu. kalo aku pergi sekolah tu,aku rasa boleh kot aku nak dapat result gempak2 time exam. ye la, kat asrama memang budak pikir pasal nak belajar je,mana ada nak tengok tv ngan internet selalu. abis kelas ada prep. kat sini,abis sekolah lepak2 menghabiskan masa ada la. memang la kalo nak jadi pandai kat mana2 belajar pun boleh jadi pandai, janji rajin. tapi aku ni jenis yang x boleh tahan dari godaan. godaan tv, godaan internet, godaan katil, godaan peti ais...haish..macam2 la senang citer.kalau aku duk kat asrama, masa nak belajar mesti senang je nak rujuk kat kawan2 aku yang pandai2 kat sana. aku bukan cakap kawan2 aku x pandai, diorang sume pandai tapi diorang ada hal masing2. bukannya tiap2 hari bleh stay kat skola mcm aku ni. aku plak bukan ada gi tusyen ke apa. memang harapkan blaja kat kelas n kerajinan aku nak bukak buku bila kat rumah.

aku betul2 menyesal. kan bagus kalo aku ikut jejak langkah shahira, akmal alina n helmi pergi sms kuala selangor tu. dah la aku menyebabkan farah x dpt tawaran pergi asrama tu. i wish i could turn back time.

aku hanya boleh bermimpi. tapi,aku tetap bahagia kat sekolah bandar baru ni. aku bangga dapat berguru dengan cikgu yang hebat2 kat sini. aku bangga dapat kenal ngan senior2 aku. aku gembira sangat dapat berkawan dengan orang2 yang hebat kat sini. aku bersyukur dapat kenal junior2 aku yang sememangnya hebat. kat sini lah aku belajar tentang kehidupan. dalam kekesalan aku, aku tetap bersyukur.

esok result. aku hanya boleh tawakal je skunk ni. apa nak jadi, jadilah. semua meletakkan harapan yang tinggi. haarap aku x mengecewakan mereka.

Wednesday, March 2, 2011

Jom Merempit!!!

Semalam aku gagal dalam misi pencarian kerja,walaupun sebenarnya aku tanya satu kedai je.huhuhu.. Itu pun dia suruh aku tido kat kedai tu. Apa kejadahnya aku nak tido kat situ. Jarak antara kedai tu ngan rumah aku bukannya jauh. Aku jalan kaki balik dari sekolah lagi jauh. Terus x jadi nak mintak keje dah.

Tapi semalam tiba2 teringatkan Fatin Fariha,terus mesej dia tanya dia dah keje ke belum. Katanya belum sebab dia nak selesaikan hal lesen dia dulu. Lantas terus aku lamar dia untuk jadi peneman aku hari ni nak cari kerja kat saujana utama. Dia terima. YESSS!!!

Yang menjadi kerisauan aku hari ni dapat ke aku nak cari kerja yang menepati kriteria yang mak aku nak. Mak aku x kesah aku nak keje apa pun, satu jer dia mintak jangan balik malam. haish. Harap jumpa la.

Apa pun hari ni aku nak merempit puas2. Sejak dah dapat lesen ni, susah benor aku nak lekat kat umah. Kejap nak pegi kedai la, pastu nanti nak gi klinik la, nak gi pasaraya Best la. Rasanya pak guard tu pun dah muak tengok muka aku dua tiga kali ulang alik depan dia.Harap2 motor aku x wat hal plak masa berhenti kat traffic light. Selalu je mati. Geram aku... Ni yg nak mintak belikan kete ni...