Saturday, May 31, 2014

HENTIKAN SEMUA INI!!!!

KENAPA?
KENAPA ASYIK NAK BERGADUH...
SUDAH2 LAH KORANG TAKSUB DENGAN BENDA TU..
KORANG SEDAR X KORANG DAH LUKAKAN HATI BANYAK PIHAK.
AKU X CAKAP DIA BERADA DI PIHAK YANG BENAR..

TAPI X SEMESTINYA CARA DIA SALAH, NIAT KORANG DAH BETUL SANGAT.
MANA AKHLAK ISLAM YANG SELAMA NI KORANG DOK CANANG YANG KORANG AMALKAN BENDA TU DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN?
MANA NILAI UKHWAH KORANG?
MANA RASA HORMAT KORANG PADA YANG LEBIH TUA?
MANA 'TEGURAN BERHIKMAH' KORANG TU?

MANA SUME TU?
MANA?
MANA?????

TOLONG LAH KORANG, JANGAN MENAMBAH LAGI SEBAB UNTUK AKU MEMBENCI KORANG.

AKU BUKAN MALAIKAT MACAM KORANG.
SO HATI AKU MUDAH MEMBENCI.
MAAF SEBAB AKU DAH HILANG RESPECT DEKAT KORANG...

Thursday, May 22, 2014

BUt Still

I already know what is coming towards me.
But still....
It hurt me so badly..

I already prepare myself for this bad news.
But still...
I can't hold my tears from streaming down my cheeks.

Persoalannya..
Adakah aku perlu memperjuangkannya,
Atau
Aku mengundurkan diri sahaja?

Wednesday, May 7, 2014

SUBUH!

Assalamualaikum!

Hee.. I got a confession to make here.
Sejak kebelakangan ni, aku selalu sangat tidur lambat.
Dan aku ni bukan jenis yang boleh tidur lambat.
Bila dah tidur lambat alamatnya bangun pun lambat la.
Subuh tak yah citer la.
Celik-celik mata je cahaya matahari dah menerangi bilik.

Dan selama dua hari ni aku tertinggal subuh, ada je benda yang tak kene dalam hidup aku.
Masalah felo, masalah program, masalah tak cukup duit nak bayar kat hotel hutang dinner kteorang, caterer tak nak jadi caterer program kami, pitam sebab panas sangat, satu bandar KK blackout. Ya Allah. Masalah dia macam endless.

Hari ni aku tidur jam 2 pagi lepas habis meeting dengan budak-budak Assalamualaikum.
Aku tau yang aku confirm tak akan terjaga jam 5 untuk subuh.
Tapi aku tetap nekad untuk bangun jugak, Mira cakap, kalo kita dah memang tak tersedar jam 5 tu, bangun-bangun tu terus la solat subuh.
So pagi tadi ternyata aku bangun jam 6, walaupun kat luar dah cerah tapi aku cepat-cepat ambik wuduk dan terus solat.
Pastu sambung tidur balik atas sejadah. wakakaka...

Aku bangun tidur, dah jam 8.30. Aku punya kelas jam 10.
Dalam hati, "Mati la aku ni, dengan tak gosok baju lagi."
Cepat-cepat aku bersiap, jam 9.30 baru keluar bilik.
Alhamdulillah, keluar-keluar dari kampung nak tunggu bas, tapi tengok, bas memang dah sedia tunggu kat situ.
Turun dari bas nak gi sekolah, cuaca panas betul, tapi lagi sekali alhamdulillah, masih ada orang yang baik hati untuk tumpangkan aku payung dia walaupun kteorang tak kenal sesama sendiri.
Masa kelas Dr Haider, dia tiba-tiba teringat nak bayar duit dinner, sekaligus mencukupkan duit kteorang untuk bayar hutang hotel tu.
Tengah-tengah aku mengantuk dalam kelas, tiba-tiba dapat mesej dari Luqman, dia cakap yang Jane, caterer kteorang, terima untuk ambik order kteorang. Cuma aku still kene jumpa dia untuk follow up balik menu kteorang.
dan paling penting sekarang ni, for the first time dalam 4 sem aku belajar fizik ni, hari ni la aku rasa aku paling banyak dapat membantu dan menyumbangkan idea dalam mini projek kteorang.

SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHU AKBAR

THE POWER OF SOLAT SUBUH!