Thursday, February 14, 2013

Hangat-hangat Tahi Ayam.

Okay hari ni mari kita belajar salah satu peribahasa orang melayu iaitu hangat-hangat tahi ayam.
Peribahasa ini selalunya diaplikasikan kepada orang yang pada permulaannya, melakukan sesuatu perkara dengan penuh semangat yang berkobar-kobar tapi untuk beberapa ketika kemudiannya semngat yang berkobar-kobar sebentar tadi tu terus hilang.
Contoh orang yang selalu menghidap simptom ini adalah diri aku sendiri.

Macam sekarang ni, mula-mula taip post ni punya la semangat sebab banyak idea, tapi bila dah hilang idea tu, kene kacau dengan brownie yang sibuk nak menaip keyboard ni jugak, terus dah tak bersemangat nak menulis. Dan dalam pelbagai situasi hidup aku ni..Yang paling terbaru ni pasal result aku.

ALHAMDULILLAH..
Sebelum bukak SMP aku dah terbayang no 2 je..
Tapi result aku masih boleh tahan walaupun bukan dalam kategori dekan.

Aku sedih?
Of course lah aku frust giler.
Tapi, aku masih berlapang dada menerima keputusan aku.
It shows that I need to step up my game from now on and try to find what I did wrong last time.
Itu sudah tentu. Tapi masalah aku sekarang, aku ni sekejap je semangat dia, takut nanti dah sampai UMS, semangat tu hilang ntah kemana.

ARGHHHH!!!!!
WHAT TO DO? WHAT TO DO? WHAT TO DO?

No comments:

Post a Comment