Thursday, April 28, 2011

4 Hari Lagi...

4 hari lagi.
Lepas ni aku dah tak duduk mengadap komputer ni siang malam.
Habis la farmville aku tak berjaga.
Tak boleh nak baca blog orang lain.
Tak boleh nak tengok tumblr lagi.

4 hari lagi.
Aku dah tak boleh nak merempit pagi-pagi hantar adik pergi sekolah agama.
Atau bawak mak pergi pasar beli barang atau pergi klinik ambik ubat darah tinggi mak.
Tak dapat berselisisih lagi dengan cikgu yang mengajar aku bawak kereta dan motor yang kebetulan tengah ajar orang bawak lori.
Aku pasti gian nak bawak motor nanti.

4 hari lagi.
Aku akan belajar untuk berdikari.
Tak ada lagi mak yang basuhkan baju.
Tak ada lagi mak yang tolong masakkan.
Semuanya aku kene buat sendiri.

4 hari lagi.
Aku memang teruja nak menimba ilmu ditempat baru, terasa diri ini sudah dewasa.
Tapi aku risau mahu meninggalkan rumah ni.
Risau mahu meninggalkan mak yang sentiasa sakit.
Lepas ni, mak hanya masak untuk 3 orang.

No comments:

Post a Comment