Sunday, March 27, 2011

Alhamdulillah kenyang...

*burp*
x senonoh btul anak dara sendawa mcm tu..
hehehe...

ok semalam sir shariman ada belanja geng teratak makan2. antara yang datang, farid, syakir, elyas, jiha, laila, farha, faezah, aqila,adibah, khatijah n offcoz la aku. aku x tau la sebab apa sir nak belanja kteorg makan sbb tiba2 je dia suh aku ajak geng teratak lain. so aku agak dia nak belanja makan sekali kteorg boleh bincang pasal course apa yang kteorg boleh ambik berbekalkan dengan result kteorg yang x seberapa ni. tapi x bincang sgt pun pasal benda tu, kteorg banyak gelak2 je. happening giler semalam, kteorg buat pizza hut tu mcm teratak kteorg dulu je. tapi kesian kat sir la. aku bayangkan dia dalam kereta menangis sbb kene buli dengan aku ngan diba sbb pilih yang mahal2 je..huhuhu... sorry sir..lain kali kteorg belanja sir makan plak ye. yang ni khas untuk sir, sir x yah keluar duit pun.

cakap pasal result ni kan...(imbas kembali pada hari mengambil result)



NAMA MATA PELAJARAN GRED

BAHASA MELAYU A
BAHASA INGGERIS A
PENDIDIKAN ISLAM A
SEJARAH A-
MATHEMATICS A
ADDITIONAL MATHEMATICS B
PHYSICS C+
CHEMISTRY C+
BIOLOGY B


reaction dlm hati aku. *oh!*
aku x tau sama ada aku patut bersyukur atau menangis time tu. yang pastinya aku langsung x terkejut ngan result aku. aku memang dah jangka result aku jadi mcm tu..

adakah aku sedih?
mula2 nya tidak sebab aku tau masa time sekolah aku x berikan sepenuh usaha aku dalam belajar ni. tapi bila dah sibuk tanya2 kawan result diorang bape, n semuanya gempak2, buat aku rasa x keruan sgt. aku start salahkan diri aku kenapa aku x belajar betul2 dulu, kalo orang lain boleh dapat result gempak2, nape aku x boleh. dah la result aku ada 2c.

bukanlah aku x penah rasa orang ada result lagi bagus dari aku. masa exam biasa, selalu je aku dapat result lagi teruk dari yang ni. tapi masa upsr ngan pmr aku x penah rasa perasaan budak2 yang x dpt straight a ni. agaknya aku terlalu yakin tu yang jadi macam ni.

harapan aku nak teruskan pengajian dalam medic dah burn mcm tu je. aku susah nak buat keputusan nak ambik apa plak lepas ni. mak aku suh ambik cikgu, tapi bapak aku x suka cikgu. bapak aku cakap cikgu ni gaji x banyak. aku tengok cikgu kat sekolah dulu kaya2 je.x paham aku. kat borang upu tu aku letak fisioterapi, sains hayat, perhutanan, seni kulinari, ngan pendidikan awal kanak2. skunk ni aku x kesah dah kalo aku dapat apa2 course pun, janji aku dapat sambung belajar kat universiti. aku jadi cuak bila pikir aku x dapat sambung belajar.

so skunk ni aku hanya boleh tunggu surat tawaran untuk aku sambung blaja(harap2 dpt la)..
buat masa ni biarlah aku belajar jadi suri rumah je..

No comments:

Post a Comment