Sunday, December 2, 2012

Kau

Wahai kau yang bernama kawan.

Rasanya lama sudah aku bersabar dengan perangai kau.
Perangai kau yang keanak-anakan.
Keanak-anakan yang kadang-kadang kurang ajar dari pandangan aku.
Yang kalau diikutkan hati aku yang tidak sabar ini mahu sahaja aku melenting.

Namun aku tidak mampu untuk marahkan kau.
Kerana apa?
Kerana orang disekeliling kita memandang kau sebagai seorang yang baik.
Aku tidak mahu mereka mengubah pandangan mereka terhadap diri kau.
Makanya aku diamkan sahaja perkara ini.

Mungkin kau yang betul.
Mungkin aku yang salah.

Tapi mahu juga aku berterima kasih pada kau.
Disebabkan perangai kau yang keanak-anakkan itulah aku belajar untuk bersabar.
 Lebih bersabar dari diri aku yang dulu.

Terima kasih lah kawan.

No comments:

Post a Comment