Thursday, April 4, 2013

Muslimin...Muslimin....

Muslimin....
Saya dah tak tahu nak buat air macam mana untuk korang...
Kadang-kadang manis sangat...
Kadang-kadang tawar sangat...

Tak buat air untuk korang baru tahu...

Merajuk ngan muslimin....Kalau kitaorang tak pandai buat air, korang la buat air untuk kitaorang...huh...

Tuesday, March 5, 2013

I'm Fine. Thanks For Asking.

Aku tertanya-tanya,diorang ni ada baca surat khabar atau tidak. Atau diorang ni memang terlupa tentang keberadaan aku di Sabah ni. Atau diorang memang lupa tentang kewujudan aku sama sekali.

Orang lain punya handphone asyik berbunyi. Handphone aku ni......krik..krik...krik...

hahahaha....
Tak pe la..
Diorang mungkin ingat aku dalam doa diorang.
Lagipun aku masih selamat.


Guys, I'm fine here. No need to worry about me! krik..krik..krik..

Thursday, February 14, 2013

Hangat-hangat Tahi Ayam.

Okay hari ni mari kita belajar salah satu peribahasa orang melayu iaitu hangat-hangat tahi ayam.
Peribahasa ini selalunya diaplikasikan kepada orang yang pada permulaannya, melakukan sesuatu perkara dengan penuh semangat yang berkobar-kobar tapi untuk beberapa ketika kemudiannya semngat yang berkobar-kobar sebentar tadi tu terus hilang.
Contoh orang yang selalu menghidap simptom ini adalah diri aku sendiri.

Macam sekarang ni, mula-mula taip post ni punya la semangat sebab banyak idea, tapi bila dah hilang idea tu, kene kacau dengan brownie yang sibuk nak menaip keyboard ni jugak, terus dah tak bersemangat nak menulis. Dan dalam pelbagai situasi hidup aku ni..Yang paling terbaru ni pasal result aku.

ALHAMDULILLAH..
Sebelum bukak SMP aku dah terbayang no 2 je..
Tapi result aku masih boleh tahan walaupun bukan dalam kategori dekan.

Aku sedih?
Of course lah aku frust giler.
Tapi, aku masih berlapang dada menerima keputusan aku.
It shows that I need to step up my game from now on and try to find what I did wrong last time.
Itu sudah tentu. Tapi masalah aku sekarang, aku ni sekejap je semangat dia, takut nanti dah sampai UMS, semangat tu hilang ntah kemana.

ARGHHHH!!!!!
WHAT TO DO? WHAT TO DO? WHAT TO DO?

Monday, February 11, 2013

Hold It For A Sec!

Assalamualaikum.
Nama saya Aina Syafiqah Binti Razli.
Saya berumur 20 tahun dan 7 hari.
Saya ......

Just hold it for a sec.
I'm 20 now..
Phew. It's been a long journey for me and I still have a lot to go through.

20 tahun aku dah hidup.
Ada naik turunnya perjalanan hidup aku ni.
Tapi aku masih berjaya mengharunginya hingga ke saat ini.

Dan mereka-mereka ini lah yang membuatkan saya berpeluang untuk hidup selama 20 tahun ni.


`
Of course la family aku n buah hati pengarang jantung aku.

Not to forget all the people that give colour to my life.







(Banyak sebenarnya gambar yang aku nak upload, tapi tak terlarat aku nak upload semuanya..Maaf sekiranya ada yang terasa sebab gambar tiada.)

Aku bukan seperti diri aku sekarang ni tanpa mereka di dalamnya.
Yeah my life evolve around them. And they just rock my world. 

Aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah masih beri aku kesempatan untuk terus hidup sampai saat ni. But my biggest regret is that I waste a large part of it. Buat perkara yang tak berfaedah dan still upsetting my parent most of the time.

Untuk masa-masa yang akan mendatang ni, aku berharap sangat aku dapat improve hidup aku, dalam semua aspek.

Being a good child to my parent.
Being a good student.
Being a good friend.
Dan yang paling penting aku nak jadi hamba yang lebih baik pada setiap hari untuk Dia.

Insyaallah.
Doakan aku ye. ^_^

Friday, January 25, 2013

Aqlan vs Brownie


First of all, let me introduce Aqlan, the love of my life.

Intan payung emas pisang jantung Achik ni!

Isn't he ADORABLE!
Okay, lets meet Aqlan's new rival, Brownie.
Susahnya nak webcam ngan Brownie ni.

Okay sejak pemergiaan aku ke Sabah ni, dan pada masa yang sama yop dah pindah rumah, family aku ambil Brownie as our pet. 

Kalau sebelum aku pergi Sabah, pagi petang siang malam aku adalah berkenaan Aqlan. Aku bagi dia makan, minum susu, mandikan dia, pakaikan baju dia,tukar pampers dia, senang cerita semualah.
Tapi sejak dah ada Brownie, aktiviti aku dah bertukar. Lepas je solat Subuh, aku akan cepat-cepat turun bawah untuk bagi Brownie makan dan lepaskan dia dari sangkar dia, aku akan pastikan dia sentiasa ada kat dalam sangkar dia kalau dah malam. I treat Brownie like I treat  Aqlan.

I love them both. But at the end of the day, nobody can take place of Aqlan in my heart. He is my first love. And I miss the day I take care of him.

Haish, dah balik Sungai Buloh pun tak boleh jumpa Aqlan hari-hari.  >_<