Showing posts with label Aqlan. Show all posts
Showing posts with label Aqlan. Show all posts

Friday, January 25, 2013

Aqlan vs Brownie


First of all, let me introduce Aqlan, the love of my life.

Intan payung emas pisang jantung Achik ni!

Isn't he ADORABLE!
Okay, lets meet Aqlan's new rival, Brownie.
Susahnya nak webcam ngan Brownie ni.

Okay sejak pemergiaan aku ke Sabah ni, dan pada masa yang sama yop dah pindah rumah, family aku ambil Brownie as our pet. 

Kalau sebelum aku pergi Sabah, pagi petang siang malam aku adalah berkenaan Aqlan. Aku bagi dia makan, minum susu, mandikan dia, pakaikan baju dia,tukar pampers dia, senang cerita semualah.
Tapi sejak dah ada Brownie, aktiviti aku dah bertukar. Lepas je solat Subuh, aku akan cepat-cepat turun bawah untuk bagi Brownie makan dan lepaskan dia dari sangkar dia, aku akan pastikan dia sentiasa ada kat dalam sangkar dia kalau dah malam. I treat Brownie like I treat  Aqlan.

I love them both. But at the end of the day, nobody can take place of Aqlan in my heart. He is my first love. And I miss the day I take care of him.

Haish, dah balik Sungai Buloh pun tak boleh jumpa Aqlan hari-hari.  >_<

Saturday, July 21, 2012

A Bundle Of Joy..







Nama : Ahmad Aqlan Bin Ahmad Syaiful.
Tarikh Lahir : 13.3.2012
Nama Panggilan : Aqlan, Alan, Amat, Lan-Lan.
Hobi Di Waktu Lapang : Siang tidur malam berjaga kacau mak dia nak pegi keje keesokan harinya.
Currently : Baru lepas belajar meniarap and asyik nak meniarap je. Tidur pun nak meniarap.

Sejak lahirnya Aqlan ni ke dunia, hidup kami semua jadi ceria sangat. Both family, family aku ngan family Kak Epa. Sebab Aqlan cucu pertama dalam both family ni. Boleh dikatakan, sesiapa yang keluar dari rumah, sama ada pergi kerja, sekolah atau pergi jalan-jalan, sampai je rumah mesti nak tengok Aqlan dulu. Cium-cium dia, dukung dia. Apa-apa je mesti Aqlan.

Aku ni adalah penjaga dia yang berbayar. Aku tak mintak pun, tapi dah orang nak bagi duit, siapa yang nak tolak kan. Habis je matrik memang aku dah niatkan dalam hati yang aku nak jaga Aqlan je. Abah aku ada suruh aku pergi kerja, tapi rasa tak sanggup pulak nak tinggalkan Aqlan kat rumah ngan mak aku je. *sebenarnya alasan sebab malas nak kerja.

Sejak jaga Aqlan ni baru aku nampak penat jerih mak aku jaga kitorang adik beradik masa kitorang kecik. Aku dah buat semuanya. Mandikan, tuam perut, pakai baju, susukan dia, jaga tengah malam sampai pukul lima sebab dia tak nak tido dan tak nak bagi dia kacau mak dia nak tido. Memang penatla. Kalau tak keje memang senangla, ni tengok kakap ipar aku ni, pagi pergi keje pukul 6, balik kul 8 malam. Penat woh! Nasib baik makan minum mak aku yang sediakan,kurang sikit penatnya.

Apa pun, akan datang sudah tentunya aku nak anak sendiri. Anak ni kan anugerah Tuhan. Insyaallah kalau diizinkan. Cuma harapan aku, aku dapat didik aku dengan baik.

TEPUK AMAI-AMAI, BELALANG KUPU-KUPU,
TEPUK AQLAN PANDAI, NANTI ACHIK UPAH SUSU.