Monday, July 9, 2012

Kita Kawan Kan?

Aku ingat lagi first time jumpa kau, dalam hati aku 'wah,macam artis lah muka budak ni!'. Dan tidak aku nafikan masa tu memang aku suka kau sikit itupun sebab muka kau macam muka artis yang aku suka. Tak lama lepas tu aku dengar pulak yang kau dah kapel dengan kawan aku, aku tak rasa apa sangat pun time tu sebab aku tak kenal kau sangat.

Beberapa tahun lepas tu, aku telah diberikan peluang untuk kenal kau dengan lebih dekat. Tak sangka, pengalaman bersama dengan kau selama dua hari buat kita jadi rapat sampai sekarang. Semuanya bermula pada malam tu. Ntah macam mana, kita boleh berkerjasama tanpa ada sebarang halangan. Malam itu perangai aku agak gedik jadi maaf untuk itu. Kita sangat hebat dalam berkerjasama sampai aku rasa tak takut untuk menonjolkan diri aku buat kali pertamanya sehinggakan aku telah diberikan anugerah pada keesokan harinya. Aku nak berterima kasih untuk itu.

Kemudian, bermulalah sebuah persahabatan yang selama ini aku hanya boleh impikan. Hanya dalam masa dua tahun di sekolah, banyak sangat pengalaman yang dah aku lalui dengan kau. Dengan segala macam camping kita pergi, segala macam program yang kita handle buat aku lebih mengenali kau.

Kita pernah bergaduh. Kita pernah meninggikan suara antara satu sama lain. Tapi semua tu tak dapat menandingi dengan semua happy moment kita.

Kau sentiasa ada untuk aku. Setiap kali aku rasa macam nak menangis, kau sentiasa buat aku ketawa balik. Setiap kali aku nak meluahkan rasa beban di hati, kau selalu ada untuk tenangkan aku balik.

Aku tau, ramai yang cakap lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik sebab nanti samada korang saling mencintai atau salah seorang dari korang akan terluka. So far hubungan kau dengan aku okay je. Aku tak berani nak cakap lebih, let the time do their work. If it meant for us to be best friend for a long time then it is good. But if one day, you forgot about us,it is okay with me. Because I know when that time comes, you already be with her.

LET US CHEERS FOR THE MEMORIES OF US!! 
















THANK YOU MOHD FARID BIN MOHD YUSOF FOR BEING MY FRIEND!

Friday, June 29, 2012

Am I A Good Listener?

Aku tak pernah menganggap diri aku sebagai seorang pendengar yang baik.Selalunya aku yang banyak cakap dan orang lain hanya mendengar.Tapi kadang-kadang aku perasan orang akan datang kat aku dan meluahkan apa yang terbuka di hati diorang( cewah,ayat tak boleh blah.)Sampai ada yang menangis.Itu boleh tahan lagi, ni ada yang ugut nak bunuh diri. Dah dua orang mengadu kat aku cakap nak bunuh diri.Bila keadaan dah jadi rumit macam ni, aku mula tak tahu nak buat apa.Aku terpikir yang aku bukanlah seorang pendengar yang baik sebab aku tak boleh nak handle situasi macam ni.

Tapi aku suka bila orang datang kat aku dan luahkan perasaan diorang. Diorang buat aku rasa macam  dihargai. Terima kasih sebab percayakan aku dan maaf kalau aku tak membantu apa-apa.


You have my shoulders to cry on.
I'm here for you.

Tuesday, June 26, 2012

A year being a matric student..^^...

Dah nak dekat dua bulan aku tinggalkan bumi KMS. Rindu kat KMS ni tak payah cakap la, tak tertanggung rasanya.


Masa mula-mula dapat tawaran pergi matrik ni aku memang teragak-agak nak terima sebab dia setahun je. Masa yang amat singkat untuk aku belajar. Aku terpikir boleh ke aku nak excel dalam masa setahun je. And aku takut aku rasa x puas nak kawan ngan budak-budak KMS ni. Memang betul pun, rasa x puas sangat.


                              <3


First week in KMS, PENAT GILER!!!
Terkejar sana-sini, ngan x cukup makan nya, x cukup tido, mental dan fizikal telah didera cukup-cukup oleh abang-abang dan kakak-kakak senior. Nasib baiklah lepas mpbb diorang dah x de. But luckily I have this people to help me to get trough the first week of me being away from my family..


                            <3<3<3<3<3


Then I start my life as a college student.
Dalam kelas dan kuliah saya budak baik. Duduk kat tempat yang budak lain takut nak duduk. Tempat duduk depan sekali. Orang cakap kalau nak dapat ilmu banyak kene duduk dekat dengan cikgu sebab tu saya duduk depan. Sebab saya berani duduk depan la saya dapat kawan dengan diorang ni.
           Aren't they adorable.My Chinese best friend..


We also have a great leader. Actually we have two.



Setelah abang hensem yang di atas menarik diri dari kelas kami, kami sebulat suara memilih kakak garang ini pula untuk menggantikan tempat abang hensem tadi. Dua-dua bagus. Komited dalam menjalankan tugas. Sanggup hah berhabis kredit semata-mata nak sampaikan pesanan lecturer dekat anak-anak buah. Diorang pun banyak memainkan peranan dalam menyatukan kami semua.


Setiap ketua mesti ada penolongnya. Perkenalkan penolong kami.
Sentiasa bersedia membantu ketua dan lecturer..
     
And ofcoz we have the crazy crew..  
                                                           The boys

Adam - My long lost friend.Berpisah di sekolah rendah berjumpa kembali di matriks.Sangat la kebetulan dapat satu kelas ngan dia lagi.

Hafiz - Kalau nak cakap ngan dia mesti kene banyak pakai 'hah?' sebab suara dia halus sangat..hahahaha..anyway best kawan ngan dia ni.

Ramadhan - a.k.a awal ashari.. Teramat la ramai peminat dia. Kepada junior2 yang nak jumpa dia,rajin2 la pegi surau.

Asyraf - Mentee aku dalam fizik. Dia sebenarnya pandai je, tapi selalu x siap keje. And kteorang x rapat sangat pun.

Faizal - My other half.. Hahaha..Melampau pulak..We are gleek.. Kalau sembang ngan dia banyak cakap pasal glee je. Tapi kadang-kadang dia annoying sangat,suka kacau aku dalam kuliah. Sabor je la ngan budak sorang ni.Nasib baiklah dia sedor dia tu annoying.Tiba-tiba rindu nak cakap ngan dia pasal glee..isk..isk..

Miezam - Pernah menjadi hot stuff di KMS, tapi setelah dia berjumpa dengan dota, terus x hot stuff dah..


                        The girls (sebahagiannya)
Kalau nak cakap pasal sorang-sorang memang jadi panjang la post ni. So aku nak buat sum up about all of them.

Memang best. At first we all like being together where ever we go. After that we started to have our own group. But we still mingle from time to time. Macam-macam character boleh jumpa kat dalam kelas ni. Ada yang jenis happy je selalu, ada yang x banyak cakap, ada yang belagak macam gangster tapi dalam hati ada taman, ada yang boleh dianggap macam kakak. Semua lah.

We have our ups and down through both semester. We laugh together, we cry together. We fight and don't talk to each other but at the end of the day, we could never really be mad at each other because all the memories we had together are priceless. Thank you so much for that friend..^^..



























Ouh..Oh... Don't forget about the lecturer. The one that make us cry,laugh and trying their best to teach us about everything we need to know..







And lastly my roommate...^^... There are my rock. I just can go to the room and talk with them about my day,ask about theirs,we share secretes, we share interest, we study together,we eat together, we sleep together.
Them <3 (lagi sorang hilang)

Apapun, matrik life is the best. Tapi...Cukupla sekali aku melaluinya. And I will keep this memory forever...


KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
2nd BATCH 2011/12...

Sunday, May 13, 2012

Peringatan Untuk Diri Sendiri.

Sebelum Allah SWT mencampakkan petunjuk ke dalam hati Saidina Umar, beliau merupakan antara insan yang paling kuat menentang Islam. Namun selepas terdengar bacaan Al Quran di rumah adiknya iaitu Fatimah, hatinya menjadi lembut lantas mengucapkan kalimah syahadah di hadapan Rasulullah sendiri. Saidina Umar merupakan antara sahabat yang telah dijamin masuk syurga dan sangat dikasihi oleh Rasulullah walaupun Saidina Umar pernah membenci Islam. 

Kat sini aku nak buat kesimpulan, walaupun sebelum ni seseorang tu pernah membuat dosa sebesar mana sekalipun, jika benar dia mahu berubah, kita patut tumpang gembira dan bersedia untuk melupakan masa silamnya. Janganlah kita asyik mengingatkan tentang kesalahannya sebelum ini. 

Tidak! Dia bukan hipokrit. Dia hanya mahu berubah. Berubah menjadi lebih baik. Jika dia masih melakukan kesalahan, jangan terus menghukum dia dengan mengatakan dia tidak layak untuk menjadi baik. Mungkin dia masih berusaha untuk meninggalkan perkara-perkara buruk tu. Common, nobody perfect.

Sekarang ni, apa yang kita perlu buat, kita doakan dia. Yes, doa. Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain tanpa pengetahuannya sangat bagus tau. Jadi, tolonglah doakan untuk golongan yang mahu berubah ni. Doakan supaya dia terus istiqamah. Doakan supaya perubahan yang dia lakukan ini hanya kerana cintanya kepada Pencipta bukan pada seorang manusia.

Semua ini hanyalah pesanan buat mereka yang masih ragu-ragu dengan perubahan yang orang lain buat. Dan untuk diri aku sendiri jugak sebenarnya. 

                                               Ya Allah,perliharalah hati ini.

Sunday, February 19, 2012

Perubahan...

Alhamdulillah..
Aku senang melihat perubahan kau. Tapi biasa la, setiap yang baik tu pasti akan datang kesusahan. Kau telah didatangi dengan begitu banyak dugaan. Tapi aku harap kau dapat terus bertahan, jangan biarkan semua tu melemahkan semangat kau untuk terus berubah menjadi orang yang baik.. Aku akan doakan kebahagian hidup kau..
Chayok2!!..^^..






p/s : mungkin aku pun perlu mula berubah...