Kat sini aku nak buat kesimpulan, walaupun sebelum ni seseorang tu pernah membuat dosa sebesar mana sekalipun, jika benar dia mahu berubah, kita patut tumpang gembira dan bersedia untuk melupakan masa silamnya. Janganlah kita asyik mengingatkan tentang kesalahannya sebelum ini.
Tidak! Dia bukan hipokrit. Dia hanya mahu berubah. Berubah menjadi lebih baik. Jika dia masih melakukan kesalahan, jangan terus menghukum dia dengan mengatakan dia tidak layak untuk menjadi baik. Mungkin dia masih berusaha untuk meninggalkan perkara-perkara buruk tu. Common, nobody perfect.
Sekarang ni, apa yang kita perlu buat, kita doakan dia. Yes, doa. Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain tanpa pengetahuannya sangat bagus tau. Jadi, tolonglah doakan untuk golongan yang mahu berubah ni. Doakan supaya dia terus istiqamah. Doakan supaya perubahan yang dia lakukan ini hanya kerana cintanya kepada Pencipta bukan pada seorang manusia.
Semua ini hanyalah pesanan buat mereka yang masih ragu-ragu dengan perubahan yang orang lain buat. Dan untuk diri aku sendiri jugak sebenarnya.
Ya Allah,perliharalah hati ini.
No comments:
Post a Comment