Friday, November 4, 2011

I LOVE YOU MUMMY....

It breaks my heart so much seeing my mom just sitting on the couch n watch the tv and hopping that someday she can go to the Mecca.
It makes me feel that i want to work right now,find the money for my mom n my dad so they can go.
But i can't..
I hopping that someday i can bring my mom n my dad to the Mecca..
Mom,please wait okay...


I will bring you here!!

Wednesday, May 18, 2011

One Happy Family At Home

Erk bukan nya at home sebenarnya, tp at teratak..
hehehe...

Kalau korang ingat, kita pada mulanya hanya merempat kat kantin sekolah. Selalu dihalau oleh cikgu Rosli, dah macam pendatang asing, tapi kita tetap datang balik lepak kat kantin. Sampai la satu hari kita bersetuju untuk pindah dari kantin ke tempat yang dah macam rumah kita iaitu teratak kesayangan kita(walaupun tak de siapa pun yang cakap teratak tu geng kita yang punya)

Kat teratak tu la kita belajar..
(KP jadi mereng sekejap sebab belajar fizik)

Kat situ jugak la tempat ada yang nak melepaskan rindu..
(ni la ayah n ibu kami...erk pelik la pulak. "^_^)

Ada gak yang jadikan teratak tu tempat dia nak tidur..
(Ok, nampaklah betapa aku ni hidup merempat, macam tak de rumah nak tidur)

Tak lupa gak teratak tu sebagai tempat kita nak mengasah bakat yang terpendam...
(Kami ni sebenarnya dah lama teringin nak jadi model. hehehe..)

Apa pun,kat situ la segala kenangan kita kutip bersama, yang baik mahupun yang buruk. Masing-masing memainkan peranan masing-masing.

Syakir sebagai cikgu bio

Farid sebagai ketua

Syiha sebagai entertainer kitorang(sebabkan dia selalu bawak laptop dah main piano untuk kitorang)
Laila photographer kitorang..
Dan yang lain2 hanya la pengikut-pengikut yang setia( kitorang bukan ajaran sesat ye)

Kita semua seronok meluangkan masa bersama-sama dan aku dah anggap korang macam adik beradik aku dah. Tak kesah la lepas ni kita belajar kat mana pun, janji korang jangan lupa geng kita ni. Aku nak mintak maaf sebab selama ni aku banyak sakitkan hati korang, terkasar bahasa, tercuit,tertampar ke. I'm really sorry. Dan terima kasih jugak sebab terima aku dalam geng ni walaupun aku dah ada geng kapak aku. Thanks korang sebab menjadi sebahagian dari memori bahagia aku kat sekolah.




Teratak's members : Farid, Syihabuddin, Syakir, Elyas, Jiha, Laila, Farha and Puteri... Love you guys sooo much...

Friday, May 13, 2011

I Think People Hate Me...

Aku selalu rasa orang kat sekeliling aku sebenarnya tak suka aku pun..
Termasuklah kawan-kawan aku sendiri..
Ye aku mengaku aku bukanlah seorang kawan yang baik.
Aku banyak buat silap.
Aku banyak sakitkan hati orang sekeliling aku.
Dan aku sangat yakin, pasti ramai orang yang kutuk aku, termasuklah kamu,ye aku tahu..

Aku tak salahkan pun kalau kawan aku sendiri yang kutuk aku.
Sebab aku selalu layan kawan aku dengan teruk.
I deserve it..

I'm not beautiful, i'm not smart, i'm fat, my personality is like a ***** and i almost invisible to everyone in my school.
people don't like me...

Saturday, April 30, 2011

Mak Saya Nak Kahwin....

Pagi tadi aku gi kenduri kahwin sepupu aku kat kl...
dia tua dari aku 2 tahun je kot,dah kawen..abang2 n kakak dia ada je yang belum kahwin lagi..langkah bendul..
tengok dia kat atas pelamin tu buat aku rasa macam nak kahwin cepat..
huhuhu..nasib baik la aku x de calon laki lagi...kalau x memang aku dah suruh dia jumpa mak bapak aku dah..
sepupu aku tu,lepas ni agaknya duk sabah la ikut laki dia..x dapat la nak jumpa dia..oleh kerana abah aku ni ada ramai adik beradik, maka ramai la sepupu2 aku ni...kebanyakannya dah besar n aku x rapat pun dengan diorang.. ada yang aku x ingat nama pun.. ramai sangat..sebab tu belah abah aku ni, aku paling rapat dengan sepupu aku yang dah kahwin tu la.
tapi yang bestnya tadi bila tengok sepupu aku ngan laki dia tu naik pelamin. laki dia duduk je atas pelamin mata dah berair, nak nangis..aku nak tergelak pun ada. tapi bila tengok mak sedara aku(mak kepada sepupu aku tu) merenjis diorang, sepupu aku tu nak nangis dah. time tu aku terasa la sedih nya.

esok ada lagi kenduri kahwin,abang sedara belah bapak aku gak,tapi kat sini je..
haish..jealous pulak aku tengok orang kahwin ni..sabar aina..lama lagi ko nak kahwin...

Thursday, April 28, 2011

4 Hari Lagi...

4 hari lagi.
Lepas ni aku dah tak duduk mengadap komputer ni siang malam.
Habis la farmville aku tak berjaga.
Tak boleh nak baca blog orang lain.
Tak boleh nak tengok tumblr lagi.

4 hari lagi.
Aku dah tak boleh nak merempit pagi-pagi hantar adik pergi sekolah agama.
Atau bawak mak pergi pasar beli barang atau pergi klinik ambik ubat darah tinggi mak.
Tak dapat berselisisih lagi dengan cikgu yang mengajar aku bawak kereta dan motor yang kebetulan tengah ajar orang bawak lori.
Aku pasti gian nak bawak motor nanti.

4 hari lagi.
Aku akan belajar untuk berdikari.
Tak ada lagi mak yang basuhkan baju.
Tak ada lagi mak yang tolong masakkan.
Semuanya aku kene buat sendiri.

4 hari lagi.
Aku memang teruja nak menimba ilmu ditempat baru, terasa diri ini sudah dewasa.
Tapi aku risau mahu meninggalkan rumah ni.
Risau mahu meninggalkan mak yang sentiasa sakit.
Lepas ni, mak hanya masak untuk 3 orang.