Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

One Happy Family At Home

Erk bukan nya at home sebenarnya, tp at teratak..
hehehe...

Kalau korang ingat, kita pada mulanya hanya merempat kat kantin sekolah. Selalu dihalau oleh cikgu Rosli, dah macam pendatang asing, tapi kita tetap datang balik lepak kat kantin. Sampai la satu hari kita bersetuju untuk pindah dari kantin ke tempat yang dah macam rumah kita iaitu teratak kesayangan kita(walaupun tak de siapa pun yang cakap teratak tu geng kita yang punya)

Kat teratak tu la kita belajar..
(KP jadi mereng sekejap sebab belajar fizik)

Kat situ jugak la tempat ada yang nak melepaskan rindu..
(ni la ayah n ibu kami...erk pelik la pulak. "^_^)

Ada gak yang jadikan teratak tu tempat dia nak tidur..
(Ok, nampaklah betapa aku ni hidup merempat, macam tak de rumah nak tidur)

Tak lupa gak teratak tu sebagai tempat kita nak mengasah bakat yang terpendam...
(Kami ni sebenarnya dah lama teringin nak jadi model. hehehe..)

Apa pun,kat situ la segala kenangan kita kutip bersama, yang baik mahupun yang buruk. Masing-masing memainkan peranan masing-masing.

Syakir sebagai cikgu bio

Farid sebagai ketua

Syiha sebagai entertainer kitorang(sebabkan dia selalu bawak laptop dah main piano untuk kitorang)
Laila photographer kitorang..
Dan yang lain2 hanya la pengikut-pengikut yang setia( kitorang bukan ajaran sesat ye)

Kita semua seronok meluangkan masa bersama-sama dan aku dah anggap korang macam adik beradik aku dah. Tak kesah la lepas ni kita belajar kat mana pun, janji korang jangan lupa geng kita ni. Aku nak mintak maaf sebab selama ni aku banyak sakitkan hati korang, terkasar bahasa, tercuit,tertampar ke. I'm really sorry. Dan terima kasih jugak sebab terima aku dalam geng ni walaupun aku dah ada geng kapak aku. Thanks korang sebab menjadi sebahagian dari memori bahagia aku kat sekolah.




Teratak's members : Farid, Syihabuddin, Syakir, Elyas, Jiha, Laila, Farha and Puteri... Love you guys sooo much...

Monday, March 21, 2011

RESULT, RESULT, RESULT...TENSION AKU..

dalam masa lima hari yang lepas, aku dah menghabiskan dua buah novel ni(nampak sangat x de keje lain dah)..



novel ni sangat best. aku bagi two thumbs up kat hlovate ni(awat susah bebenor nak menyebut namanya).novel ni dah lama keluar pun, tapi baru skunk dapat baca, itu pun pinjam sepupu aku punya,nak beli duit tarak.hehehe.

bila baca novel aA+bB tu buat aku rasa nak kawen cepat. rasa macam sweet sangat bila bercinta lepas kawen ni. pastu dia memberi aku motivasi nak jadi doktor walaupun doktor tu bukanlah profession yang aku minat sejak dari aku budak2 lagi.

baca pulak novel [tunas] ni, aku dah start cuak. mana x cuaknya, segala macam formula addmath,equation chem, law dalam fizik ngan certain things dalam bio, keluar dalam novel tu. aku baca dah pening,macam pernah belajar, ada masuk ke dalam spm ari tu, macam2 la aku pikir.dah la result spm nak keluar esok.sabor je la.

kolej tunas ni merupakan sekolah asrama yang terima budak form4 ngan form5 je. masa baca novel ni buat aku rasa menyesal plak ngan tindakan aku dulu. masa form4, aku ada buat permohonan nak masuk kat sekolah sms kuala selangor,dapat..tapi aku tolak.alasan sebab dah tengah tahun. tapi bila pikir balik,bodoh betul tindakan aku tu. kalo aku pergi sekolah tu,aku rasa boleh kot aku nak dapat result gempak2 time exam. ye la, kat asrama memang budak pikir pasal nak belajar je,mana ada nak tengok tv ngan internet selalu. abis kelas ada prep. kat sini,abis sekolah lepak2 menghabiskan masa ada la. memang la kalo nak jadi pandai kat mana2 belajar pun boleh jadi pandai, janji rajin. tapi aku ni jenis yang x boleh tahan dari godaan. godaan tv, godaan internet, godaan katil, godaan peti ais...haish..macam2 la senang citer.kalau aku duk kat asrama, masa nak belajar mesti senang je nak rujuk kat kawan2 aku yang pandai2 kat sana. aku bukan cakap kawan2 aku x pandai, diorang sume pandai tapi diorang ada hal masing2. bukannya tiap2 hari bleh stay kat skola mcm aku ni. aku plak bukan ada gi tusyen ke apa. memang harapkan blaja kat kelas n kerajinan aku nak bukak buku bila kat rumah.

aku betul2 menyesal. kan bagus kalo aku ikut jejak langkah shahira, akmal alina n helmi pergi sms kuala selangor tu. dah la aku menyebabkan farah x dpt tawaran pergi asrama tu. i wish i could turn back time.

aku hanya boleh bermimpi. tapi,aku tetap bahagia kat sekolah bandar baru ni. aku bangga dapat berguru dengan cikgu yang hebat2 kat sini. aku bangga dapat kenal ngan senior2 aku. aku gembira sangat dapat berkawan dengan orang2 yang hebat kat sini. aku bersyukur dapat kenal junior2 aku yang sememangnya hebat. kat sini lah aku belajar tentang kehidupan. dalam kekesalan aku, aku tetap bersyukur.

esok result. aku hanya boleh tawakal je skunk ni. apa nak jadi, jadilah. semua meletakkan harapan yang tinggi. haarap aku x mengecewakan mereka.