Monday, March 21, 2011

RESULT, RESULT, RESULT...TENSION AKU..

dalam masa lima hari yang lepas, aku dah menghabiskan dua buah novel ni(nampak sangat x de keje lain dah)..



novel ni sangat best. aku bagi two thumbs up kat hlovate ni(awat susah bebenor nak menyebut namanya).novel ni dah lama keluar pun, tapi baru skunk dapat baca, itu pun pinjam sepupu aku punya,nak beli duit tarak.hehehe.

bila baca novel aA+bB tu buat aku rasa nak kawen cepat. rasa macam sweet sangat bila bercinta lepas kawen ni. pastu dia memberi aku motivasi nak jadi doktor walaupun doktor tu bukanlah profession yang aku minat sejak dari aku budak2 lagi.

baca pulak novel [tunas] ni, aku dah start cuak. mana x cuaknya, segala macam formula addmath,equation chem, law dalam fizik ngan certain things dalam bio, keluar dalam novel tu. aku baca dah pening,macam pernah belajar, ada masuk ke dalam spm ari tu, macam2 la aku pikir.dah la result spm nak keluar esok.sabor je la.

kolej tunas ni merupakan sekolah asrama yang terima budak form4 ngan form5 je. masa baca novel ni buat aku rasa menyesal plak ngan tindakan aku dulu. masa form4, aku ada buat permohonan nak masuk kat sekolah sms kuala selangor,dapat..tapi aku tolak.alasan sebab dah tengah tahun. tapi bila pikir balik,bodoh betul tindakan aku tu. kalo aku pergi sekolah tu,aku rasa boleh kot aku nak dapat result gempak2 time exam. ye la, kat asrama memang budak pikir pasal nak belajar je,mana ada nak tengok tv ngan internet selalu. abis kelas ada prep. kat sini,abis sekolah lepak2 menghabiskan masa ada la. memang la kalo nak jadi pandai kat mana2 belajar pun boleh jadi pandai, janji rajin. tapi aku ni jenis yang x boleh tahan dari godaan. godaan tv, godaan internet, godaan katil, godaan peti ais...haish..macam2 la senang citer.kalau aku duk kat asrama, masa nak belajar mesti senang je nak rujuk kat kawan2 aku yang pandai2 kat sana. aku bukan cakap kawan2 aku x pandai, diorang sume pandai tapi diorang ada hal masing2. bukannya tiap2 hari bleh stay kat skola mcm aku ni. aku plak bukan ada gi tusyen ke apa. memang harapkan blaja kat kelas n kerajinan aku nak bukak buku bila kat rumah.

aku betul2 menyesal. kan bagus kalo aku ikut jejak langkah shahira, akmal alina n helmi pergi sms kuala selangor tu. dah la aku menyebabkan farah x dpt tawaran pergi asrama tu. i wish i could turn back time.

aku hanya boleh bermimpi. tapi,aku tetap bahagia kat sekolah bandar baru ni. aku bangga dapat berguru dengan cikgu yang hebat2 kat sini. aku bangga dapat kenal ngan senior2 aku. aku gembira sangat dapat berkawan dengan orang2 yang hebat kat sini. aku bersyukur dapat kenal junior2 aku yang sememangnya hebat. kat sini lah aku belajar tentang kehidupan. dalam kekesalan aku, aku tetap bersyukur.

esok result. aku hanya boleh tawakal je skunk ni. apa nak jadi, jadilah. semua meletakkan harapan yang tinggi. haarap aku x mengecewakan mereka.

Wednesday, March 2, 2011

Jom Merempit!!!

Semalam aku gagal dalam misi pencarian kerja,walaupun sebenarnya aku tanya satu kedai je.huhuhu.. Itu pun dia suruh aku tido kat kedai tu. Apa kejadahnya aku nak tido kat situ. Jarak antara kedai tu ngan rumah aku bukannya jauh. Aku jalan kaki balik dari sekolah lagi jauh. Terus x jadi nak mintak keje dah.

Tapi semalam tiba2 teringatkan Fatin Fariha,terus mesej dia tanya dia dah keje ke belum. Katanya belum sebab dia nak selesaikan hal lesen dia dulu. Lantas terus aku lamar dia untuk jadi peneman aku hari ni nak cari kerja kat saujana utama. Dia terima. YESSS!!!

Yang menjadi kerisauan aku hari ni dapat ke aku nak cari kerja yang menepati kriteria yang mak aku nak. Mak aku x kesah aku nak keje apa pun, satu jer dia mintak jangan balik malam. haish. Harap jumpa la.

Apa pun hari ni aku nak merempit puas2. Sejak dah dapat lesen ni, susah benor aku nak lekat kat umah. Kejap nak pegi kedai la, pastu nanti nak gi klinik la, nak gi pasaraya Best la. Rasanya pak guard tu pun dah muak tengok muka aku dua tiga kali ulang alik depan dia.Harap2 motor aku x wat hal plak masa berhenti kat traffic light. Selalu je mati. Geram aku... Ni yg nak mintak belikan kete ni...

Sunday, February 27, 2011

Kesedihan

Di saat orang lain tengah bergumbira,berjoli sakan dok perabis duit gaji mereka,

Aku di rumah hanya mampu meratapi nasib diriku yang tidak berduit,

Dompet ku yang suatu masa dahulu sentiasa terisi dengan duit belanja sekolah kini mula dipenuhi dengan sarang labah-labah..

Oh tidak!

Aku tidak mampu menghadapi semua ini lagi..

Aku perlukan duit..

Aku mahu kerja...

Thursday, February 24, 2011

ini post bukan mau buat anda jeles ah..

P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P P

I'm sooooooo happppppppyyyyyyyyyy!!!!!!!!


yeah....
satu beban dah kurang...
tinggal nak tunggu result spm nak keluar jer...
aduh...
sakit plak jantung ni....

Wednesday, February 16, 2011

To Sir With Love

Sejak aku kecik lagi memang cita2 aku nak jadi cikgu. Sebabnya aku ni suka budak2. Tapi kan sejak kebelakangan ni aku macam ragu2 ngan cita2 aku sebab aku selalu sangat hilang kesabaran bila ajar adik aku. Ye la, nak jadi cikgu ni kan kene la sabar ngan perangai budak2. Haish, macam mana nak jadi cikgu ni. Walau apa pun aku tetap mengagumi kerja seorang guru ni. 11 tahun aku sekolah, banyak dah cikgu yang aku jumpa. And ada sorang cikgu ni yang aku rasa sampai bila2 aku akan ingat dia. Sir Shariman lah orangnya. Huhuhu...

Ada banyak benda kot aku nak cakap pasal dia. Tapi aku cuba untuk tidak melebih2. AKU CUBA..hehehe.

korang x rasa ke gambar ni macam ada persamaan??
hahaha...

Aku kenal sir ni sejak aku form 1 lagi. Sir ni antara guru lelaki yang paling feymes kat sekolah tu.Hensem plak,macam taylor lautner,(cubaan untuk membodek dia,kot2 dia ada terbaca ke.hehehe..). Dia bukan saja hensem malah teramat la baik dan pemurah..... Nampak sangat post ni hanya nak bodek dia. huhuhu...

Kat sekolah tu, sir la kaunselor aku,sir lah kawan aku, sir lah ayah aku. Aku kalau ada masalah, aku lagi selesa rujuk kat sir banding ngan kaunselor yang lain. Aku makin kerap buat sesi kaunseling ngan sir bila dah masuk form 5 ni. Tu pun sebab sir yang approach aku dulu. Dia cakap tahun tu giliran aku pulak untuk sir rapat dan bantu dengan semua masalah aku. Selalu jugak la aku nangis depan dia.

Bila sembang ngan sir, x semestinya cakap pasal hal sekolah. Aku suka sembang ngan sir pasal citer twilight. Ada sekali tu aku ada sesi kaunseling ngan sir, masa ngah citer masalah aku tu, tiba2 jer termasuk citer pasal twilight. Aku bila dah start cakap pasal twilight,susah nak berhenti, yang sir pulak layan jer. Pastu kalau bergurau macam bergurau ngan kawan2. Dia cakap aku,farah,faezah ngan aqilah ni madu2 dia. Aku x tau la macam mana isteri sir boleh x risau ngan sir.

Dan bila aku cakap sir ayah aku kat sekolah, ada satu time tu yang buat aku rasa dia betul2 macam ayah aku. Masa tu buat buka puasa bersama PRS, budak2 ngah solat maghrib, aku ngan sir pegi la beli barang sikit. Dalam kereta aku baru perasan sir pakai kain pelekat. Bila nak bayar barang2 tu,duit yang ada kat aku x cukup n aku mintak kat sir duit macam aku mintak duit kat ayah aku. Kalau cakap pasal dia belanja makan tu, boleh dikatakan dah banyak kali la jugak. Cuma dia x pernah belanja tengok movie twilight jer lagi..hehehe.. Dia jugak pernah la hantar aku balik rumah 2 3 kali.

Sepanjang 5 tahun aku kat sekolah bandar baru tu, sir la yang paling banyak bagi sokongan kat aku selain dari kawan2 aku. Dia banyak tolong aku dalam masalah study aku mahupun masalah peribadi aku. Jasa dia kat dalam PRS lagi la banyak. Dah banyak sangat duit yang dia keluarkan untuk kteorang.

Sir terima kasih untuk segala bantuan, sokongan dan dorongan yang sir dah bagi kat aina. Aina akan sentiasa doakan sir. Semoga sir akan terus menjadi guru yang hebat dan terus menjadi inspirasi kepada pelajar2 yang lain. Bagi aina sir lah guru yang terhebat. Thanks gak sebab sentiasa bantu aina ngan farid masa kteorg menghadapi kesusahan dalam PRS tahun lepas. Aina ngan farid x kan lupa jasa sir tu.. Thank you sooo much.

Lagu ni sangat sesuai untuk dinyanyikan pada sir. Sesiapa yang suaranya sedap tolong nyanyikan kat sir untuk aku..huhuhu.. Enjoy.


Those schoolgirl days,
of telling tales and biting nails are gone
But in my mind,
I know they will still live on and on,

But how do you thank someone, who has taken you from crayons to perfume?
It isn't easy, but I'll try,

If you wanted the sky I would write across the sky in letters,
That would soar a thousand feet high,
To Sir, with Love

The time has come,
For closing books and long last looks must end,
And as I leave,
I know that I am leaving my best friend,
A friend who taught me right from wrong,
And weak from strong,
That's a lot to learn,
What, what can I give you in return?

If you wanted the moon I would try to make a start,
But I, would rather you let me give my heart,
To Sir, with Love....